Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penjawat awam M'sia diingatkan jangan sertai perhimpunan haram bagi bantah isu doktor kontrak

Anggaran Waktu Membaca:
Penjawat awam M'sia diingatkan  jangan sertai perhimpunan haram bagi bantah isu doktor kontrak

Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Zaliha Mustafa. (Gambar fail: Bernama)

SHAH ALAM: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan semula mengenai peraturan melarang penjawat awam daripada menyertai perhimpunan haram selepas wujud perancangan daripada doktor kontrak untuk mengadakan mogok selama tiga hari bermula Isnin (3 Apr).

Peringatan itu dimuat naik Unit Integriti KKM melalui laman Facebook rasmi kementerian berkenaan pada Sabtu (1 Apr), dipetik oleh Sinar Harian.
Mengikut hantaran tersebut, berdasarkan Surat Edaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bertarikh 30 Jun 2011, para penjawat awam dilarang terlibat dalam mana-mana perhimpunan haram.

Jelasnya, antara bentuk perhimpunan haram adalah pelibatan aktif di luar masa bekerja, menggunakan masa pejabat dan meninggalkan pejabat untuk melihat dan menyertai perhimpunan.

Selain itu, menggunakan peralatan pejabat seperti mesin cetak, mesin penyalin komputer untuk mencetak dan mengedar risalah berkaitan perhimpunan haram tidak dibenarkan.

"Sekiranya cukup bukti menunjukkan pegawai terlibat dalam kegiatan tersebut, maka pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib selaras Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993) (P.U(A) 395/1993)," katanya, lapor agensi berita Sinar Harian.

Difahamkan, terdapat kumpulan doktor kontrak yang akan melancarkan mogok di seluruh negara itu bermula Isnin hingga Rabu bagi membantah isu perjawatan mereka yang masih tergantung.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan