Skip to main content

Dunia

Penjawat awam disyaki curi barangan milik mangsa tanah runtuh Genting Highlands

Anggaran Waktu Membaca:
Penjawat awam disyaki curi barangan milik mangsa tanah runtuh Genting Highlands

Pemangku Ketua Polis Selangor S. Sasikala Devi. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 07 Jan 2023 04:44PM
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang penjawat awam yang dipercayai mencuri barangan milik mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali pada 16 Disember lalu.

Pemangku Ketua Polis Selangor S. Sasikala Devi berkata suspek berusia 27 tahun itu ditahan di sekitar Lembah Klang pada Jumaat (6 Jan) dan polis akan membuat permohonan reman pada Sabtu (7 Jan) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Dalam persidangan media pada Sabtu, beliau berkata menyusuli penahanan itu, polis turut merampas barangan yang dipercayai milik mangsa kejadian tanah runtuh berkenaan.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah memaklumkan pihaknya mengesan satu hantaran di Facebook dipercayai daripada salah seorang ahli keluarga mangsa, yang mendakwa terdapat individu tidak bertanggungjawab menggunakan kad Touch 'n Go milik mangsa.

Tragedi tanah runtuh pada 2.46 pagi itu mengorbankan 31 nyawa dengan 12 daripadanya adalah kanak-kanak, dan seorang bayi lelaki berusia setahun.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita