Skip to main content

Dunia

Penjaja Indonesia beli kereta idaman S$26,000 guna duit syiling

Sepasang suami isteri di Indonesia akhirnya dapat memandu kereta idaman mereka, iaitu Toyota Rush, setelah membelinya menggunakan duit syiling yang dismpan selama tiga tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Penjaja Indonesia beli kereta idaman S$26,000 guna duit syiling

Gambar: Media sosial menerusi TODAYonline

Diterbitkan : 02 Oct 2021 10:11PM Dikemas Kini : 02 Oct 2021 10:16PM

KUALA LUMPUR : Sepasang suami isteri di Indonesia akhirnya dapat memandu kereta idaman mereka, iaitu Toyota Rush, setelah membelinya menggunakan duit syiling yang dismpan selama tiga tahun.

Encik Asriadi Syamsuddin dan isterinya Ratna, yang memilik gerai jalanan di Kota Makassar, menggunakan wang yang disimpan hasil daripada penjualan dan pendapatan mereka.

Menurut Suara.com, pasangan itu menyimpan duit syiling mereka di dalam balang air dan wang kertas dalam kotak hingga berjaya menabung 273 juta rupiah (S$26,000).

Encik Syamsuddin menjelaskan beliau bertekad untuk menabung, dengan kebanyakan duit terkumpul itu adalah daripada bayaran lebihan yang diberikan oleh pelanggannya semasa mereka melanggan di kedainya.

"Tidak terasa seperti saya menabung selama tiga tahun kerana saya tidak pernah mengira jumlahnya.

“Apabila saya melihat balang air yang digunakan untuk menyimpan duit syiling sudah penuh, saya keluarkan dan dapati nilainya mencecah ratusan juta rupiah," katanya seperti yang dipetik Suara.com.

Menurut laporan itu juga, seorang kakitangan Toyota membantu lelaki itu mengira wang yang diperlukan untuk membeli kenderaan tersebut.

Menurut pengurus cawangan Ariefyanto Arsjad, ini adalah kali pertama cawangannya menyambut pelanggan yang membawa balang-balang air untuk membeli kenderaan.

"Ini pengalaman luar biasa buat kami kerana kami belum pernah lihat pelanggan beli kereta menggunakan duit syiling.

“Apabila kami kira, kami dapati Syamsuddin bawa wang cukup sebanyak 271 juta rupiah untuk membeli Toyota Rush.” 

Sumber : Agensi berita/FZ/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita