Penipuan online, pancingan data 'ancaman siber paling berleluasa' di seluruh dunia
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan. (Gambar: iStock)
KUALA LUMPUR: Penipuan online dan memancing data atau 'phishing' kekal sebagai ancaman siber paling berleluasa di seluruh dunia, dengan para penjenayah menggunakan taktik semakin canggih untuk memperdayakan mangsa, kata Pengarah Direktorat Jenayah Siber Interpol Dr Neal Jetton.
Menurut beliau, pemerhatian di seluruh rantau Asia dan dunia mendapati bahawa majoriti jenayah siber berpunca daripada serangan kejuruteraan sosial seperti 'phishing', perisian tebusan (ransomware) dan emel perniagaan mengandungi penipuan.
“Penipuan melibatkan phishing barangkali ancaman siber paling kerap kami perhatikan, bukan hanya di Malaysia atau Asia Pasifik, tetapi di seluruh dunia.
“Ini lazimnya membabitkan emel atau mesej yang kelihatan sah, sama ada berkaitan percintaan, perniagaan atau peluang kewangan,” katanya semasa sidang media selepas perasmian program sulung Cyber Games 2025 di Kuala Lumpur pada Selasa (20 Mei).
Dr Jetton yang berpangkalan di Singapura menekankan bahawa jenayah siber merupakan cabaran serantau dan dunia, dengan sekitar 75 hingga 80 peratus insiden siber di seluruh dunia melibatkan elemen manusia, terutamanya phishing (pancingan data).
Phishing adalah kaedah serangan siber apabila penjenayah menyamar sebagai entiti sah melalui emel atau mesej bagi memperdayakan individu supaya mendedahkan maklumat sensitif seperti kata laluan, perincian kewangan atau data peribadi.
Keperluan mendesak dalam isu tersebut juga dilihat menerusi statistik Malaysia, apabila insiden perisian tebusan melonjak 78 peratus pada suku keempat 2024, menandakan peningkatan kerumitan dan skala ancaman siber di Malaysia.
Ditanya mengenai keupayaan agensi penguatkuasaan undang-undang Malaysia dalam menangani ancaman siber, Dr Jetton memuji Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas komitmen dan langkah proaktif mereka.
“Saya pernah beberapa kali berinteraksi dengan polis Malaysia, dan saya boleh berkata dengan sangat positif tentang usaha mereka. Jenayah siber secara umumnya sangat sukar,” katanya.
Dr Jetton berkata Interpol terus bekerja rapat dengan Malaysia dan berharap kerjasama itu diperluaskan dalam usaha menangani jenayah siber pada masa akan datang.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.