Skip to main content

Dunia

Penindasan, kebuluran semakin meningkat di Korea Utara, dedah PBB

Anggaran Waktu Membaca:
NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan rakyat Korea Utara kini semakin tertindas selain penjagaan kesihatan yang lemah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

"Data PBB menunjukkan penindasan yang semakin meningkat terhadap hak kebebasan bersuara, privasi dan pergerakan, amalan buruh paksa yang berleluasa, selain hak ekonomi dan sosial yang semakin buruk," kata Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, Volker Turk pada Khamis (17 Ogos).

Sesiapa sahaja yang melihat kandungan asing yang tidak sehaluan dengan pemimpin negara itu Kim Jong Un - terutama dokumen atau video dari Korea Selatan - boleh dihukum penjara, katanya kepada Majlis Keselamatan PBB.

Sesiapa saja yang menyebarkan kandungan sedemikian juga boleh dihukum penjara seumur hidup atau dihukum mati.

Pada masa yang sama, Korea Utara memaksa rakyatnya bekerja sebagai buruh paksa termasuk kanak-kanak.

Kelemahan ekonomi negara yang mengutamakan aspek ketenteraan yang tinggi itu menyebabkan berlaku "kebuluran melampau serta kekurangan ubat-ubatan yang teruk", katanya lagi.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita