Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penindasan guna teknologi elektronik di Xinjiang: Kumpulan hak asasi

 Muslim di Xinjiang, China disaring "sewenang-wenangnya" menggunakan teknologi 'big data' atau data raya. Ini bagi mengesan sebarang tingkah laku mencurigakan sebagai alasan penangkapan, kata para aktivis.

Anggaran Waktu Membaca:
Penindasan guna teknologi elektronik di Xinjiang: Kumpulan hak asasi

Lelaki Uighur di sebuah pasar pakaian di Urumqi, Xinjiang. (Gambar fail: REUTERS/Carlos Barria)

Diterbitkan : 10 Dec 2020 09:21AM Dikemas Kini : 10 Dec 2020 09:25AM

BEIJING: Muslim di Xinjiang, China disaring "sewenang-wenangnya" menggunakan teknologi 'big data' atau data raya. Ini bagi mengesan sebarang tingkah laku mencurigakan sebagai alasan penangkapan, kata para aktivis.

Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia, Human Rights Watch (HRW) berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), dalam satu laporan memperincikan peranan data dalam penindasan di wilayah itu, turut mendedahkan data polis yang terbocor menyenaraikan lebih 2,000 tahanan dari daerah Aksu sebagai antara bukti penindasan.

"Ini membuktikan bagaimana penindasan kejam China terhadap umat Islam Uighur dan etnik minoriti Turkic lain di Xinjiang kini semakin canggih dengan menggunakan teknologi."

Beijing sudah dikecam hebat oleh negara-negara antarabangsa atas dasar-dasarnya di Xinjiang, di mana kumpulan hak asasi manusia menyatakan lebih sejuta Uighur dan kaum minoriti lain kebanyakannya Muslim, ditahan di kem-kem.

Perbelanjaan di Xinjiang sudah melonjak sejak beberapa tahun lalu berikutan pembelian alat pengesan wajah, pengimbas mata, pengumpul DNA dan kecerdasan buatan (AI), atas alasan mencegah pengganasan.

HRW mendakwa memiliki senarai memperincikan tahanan sejak pertengahan 2016 hingga akhir 2018 daripada sumber tidak dinamakan, yang sebelum ini turut mendedahkan kandungan audio visual dari sebuah tempat di Aksu.

Kumpulan itu memberi contoh seorang mangsa, "Cik T", ditahan kerana "ada kaitan dengan negara-negara sensitif" dan dituduh menerima beberapa panggilan telefon daripada nombor dari negara asing, yang sebenarnya adalah nombor saudara perempuannya.

Menurut para pengkaji badan bukan pemerintah yang menemui wanita itu, polis menyoal siasat saudara perempuannya di Xinjiang, tetapi beliau tidak dapat berhubung secara langsung dengan keluarganya di wilayah berkenaan sejak itu.

Para penduduk juga diawasi menerusi program Platform Operasi Bersama Bersepadu, yang mengumpul data sistem pemantauan di Xinjiang untuk diteliti pihak berkuasa sebelum memutuskan sama ada mahu menghantar mereka ke kem tahanan.

Menurut HRW, majoriti penduduk ditahan kerana melakukan perkara yang tidak menyalahi undang-undang termasuk menghubungi saudara di luar negara, tidak memiliki alamat tetap dan mematikan telefon mereka berulang kali.

Hanya kira-kira 10 peratus individu dalam senarai itu ditahan atas sebab pengganasan atau ekstremisme. 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan