Peniaga pasar malam Johor Bahru mahu isu pembuangan sampah haram ditangani segera
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Bernama
PASIR GUDANG: Peniaga pasar malam Jalan Cenderai 17, Taman Megah Ria, Masai di Pasir Gudang, mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan segera, bagi menangani isu pembuangan sampah haram yang sudah berlarutan sejak lima tahun lalu.
Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Malam Melayu Daerah Johor Bahru, Mohd Yusof Pet, berkata situasi berkenaan, bukan sahaja menimbulkan rasa kurang selesa, malah ia turut menjadi ancaman kesihatan kepada peniaga dan pengunjung.
“Kami terpaksa menahan bau busuk yang kuat ketika menjalankan perniagaan dan kehilangan pelanggan, apabila mereka sering risaukan kebersihan makanan. Ada juga yang membatalkan hasrat untuk membeli setelah melihat barangan yang dijual dihinggapi lalat,” kata beliau kepada pemberita ketika ditemui di pasar malam berkenaan, semalam (3 Jun).
Mohd Yusof, 63 tahun, berkata pelbagai platform sudah digunakan untuk menyalurkan aduan termasuk menerusi online dan panggilan telefon, namun pihak tersebut seolah memandang ringan terhadap masalah itu yang sekali gus menjejaskan sumber pendapatan dalam kalangan peniaga pasar malam, di kawasan berkenaan.
“Misalnya, beberapa minggu lepas apabila sampah begitu tinggi, pihak berkaitan hanya mengambil separuh sahaja sampah yang ada dan selebihnya dibiarkan begitu sahaja. Apabila pembuang sampah melihat tiada tindakan dikenakan, mereka ulang membuang sampah ke tempat ini,” kata beliau.
Mohd Yusof yang mewakili 249 peniaga pasar malam di kawasan itu berharap, PBT segera menyelesaikan masalah tersebut dan mengambil tindakan tegas terhadap si pelaku selain memasang kamera litar tertutup (CCTV), bagi mengenal pasti individu yang tidak bertanggungjawab.
Menurut seorang peniaga ayam percik, Ahmad Zain, 50 tahun, longgokan sampah di hadapan tapak perniagaannya, membuatkan pengunjung berasa geli dan tidak mahu singgah ke kedainya kerana lalat terlalu banyak.
“Dari dulu sampah memang banyak begini, dengan baunya yang busuk dan sekarang sampah semakin bertambah. Pelanggan pun tidak selesa dan pendapatan kami pun terjejas, hinggakan saya terpaksa memasang perangkap lalat namun lalat tetap banyak,” kata beliau yang sudah enam tahun berniaga di kawasan tersebut.
Seorang lagi peniaga Oor Bee Shoo, 60 tahun, berkata selain mencacatkan pemandangan, longgokan sampah itu turut menyebabkan kehadiran pelbagai haiwan perosak dan anjing liar.
“Terlalu banyak sampah di sini, bukan sampah sahaja malah ada yang membuang paku yang boleh membahayakan kenderaan yang lalu lalang. Selain itu, ada juga yang membakar sampah sesuka hati membuatkan saya berasa pening dan loya,” kata peniaga pakaian itu.
Terdahulu, tinjauan Bernama mendapati jarak longgokan sampah haram itu kurang lima meter daripada pasar malam berkenaan, manakala ketinggian sampah terbabit adalah setinggi khemah peniaga pasar malam di kawasan tersebut.

Sumber : Bernama/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.