Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Peniaga diingat jangan salah guna logo halal, tegas Menteri Ehwal Agama M'sia

Anggaran Waktu Membaca:

PUTRAJAYA: Para peniaga diingatkan supaya jangan menyalahgunakan logo halal pada produk-produk keluaran mereka sebagai alat untuk melariskan penjualan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad.

"Soal seperti ini saya harapkan peniaga jangan tipu, kita bukan nak halang orang lain makan tapi yang kita nak jaga ialah keperluan orang Islam itu sendiri.

"Jangan sampai menggunakan agama seperti ini, menggunakan tanda halal palsu semata-mata untuk beri nilai komersil pada produk jualan," katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Nadwah Ulama dan Ilmuan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) (NUIM): Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera pada Sabtu (17 Sep). 

Encik Idris berkata demikian ketika mengulas mengenai bungkusan produk gula-gula yang menggunakan logo tidak diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan kandungan gula-gula berkenaan didapati mengandungi bahan tidak halal.

Pada 11 September lalu, Bahagian Hab Halal Jakim dalam hantaran Facebooknya mengesahkan bahawa produk gula-gula itu menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf Jakim.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan