Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Peniaga didenda RM2,000 kerana cederakan pekerja stesen minyak

Gara-gara gagal mengawal panas baran, seorang peniaga didenda RM2,000 (S$662) oleh Mahkamah Majistret di Perak pada Isnin (22 Okt) selepas mengaku bersalah kerana sengaja menyebabkan kecederaan ke atas seorang pekerja stesen minyak pada awal bulan ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Peniaga didenda RM2,000 kerana cederakan pekerja stesen minyak

Petikan rakaman CCTV yang tular di media sosial (Gambar: Facebook/Aboy Anis)

Diterbitkan : 22 Oct 2018 05:37PM Dikemas Kini : 22 Oct 2018 05:40PM

TAPAH: Gara-gara gagal mengawal panas baran, seorang peniaga didenda RM2,000 (S$662) oleh Mahkamah Majistret di Perak pada Isnin (22 Okt) selepas mengaku bersalah kerana sengaja menyebabkan kecederaan ke atas seorang pekerja stesen minyak pada awal bulan ini.

Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan yang menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Nuralif Shaufik Ahmad Fauzi, 25 tahun, dan turut memerintahkan tertuduh dipenjara lima bulan jika dia gagal membayar denda.

Mengikut kertas pertuduhan, Muhammad Nuralif Shaufik didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Muhammad Ridwan Abdullah, 24 tahun, di Stesen Minyak Petronas di Sungkai di negeri itu pada pukul 12.45 tengah hari pada 6 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 (S$662) atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, tertuduh menerusi peguamnya S. Kavitha merayu hukuman denda paling minimum atas alasan dia merupakan anak tunggal, dan menanggung ibu bapanya yang sudah tidak bekerja serta sudah insaf dengan perbuatannya itu.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Fatin Farahiyah Nadzri memohon hukuman berbentuk pengajaran kepada tertuduh supaya dia tidak mengulangi perbuatan yang sama.

Sumber : Bernama/AI/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan