Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Peniaga di M'sia sorok bekalan untuk kutip untung jelang PRU15

Anggaran Waktu Membaca:
KOTA BHARU: Pasukan Jihad Tangani Inflasi Malaysia menerima aduan ada peniaga mengambil kesempatan menyimpan bekalan bagi meraih keuntungan berikutan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Malaysia.

Pengerusi Pasukan Jihad Tangani Inflasi Malaysia, Annuar Musa berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

“Satu mesyuarat akan diadakan Selasa ini (25 Okt) bagi mendengar maklum balas daripada pihak penguatkuasa termasuk Kem enterian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Saya mengingatkan sama ada pihak pemborong, pengedar dan peniaga supaya tidak membuat tindakan menyimpan barang berkenaan semata-mata untuk meraih keuntungan berlebihan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas menyampaikan bantuan kepada 212 keluarga di Parlimen Ketereh, yang kediaman mereka rosak akibat ribut baru-baru ini, di Kota Bharu pada Ahad(23 Okt).

Mengulas lanjut, Encik Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata semua pihak diminta tidak menyimpan barang kerana tindakan itu boleh membebankan rakyat setelah barang berkurangan dan harga pula meningkat.

“Tindakan sedemikian adalah tidak baik kerana bukan sahaja susahkan orang ramai... tindakan mengambil keuntungan berlebihan juga bukan sifat yang mulia,” katanya.

Penyandang kerusi Parlimen Ketereh itu turut menggesa peniaga supaya tidak menaikkan harga barang susulan PRU15 dan musim tengkujuh.

"Selain faktor PRU15, ada kemungkinan peniaga menyimpan barang sempena musim tengkujuh dan sekiranya mereka menyimpan barang kawalan, ia menjadi satu kesalahan dan boleh diambil tindakan mengikut akta tertentu," katanya.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan