Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Peniaga bazar Ramadan M'sia sewa empat tapak bazar untuk jual 27 balang air berperisa

Anggaran Waktu Membaca:
Peniaga bazar Ramadan M'sia sewa empat tapak bazar untuk jual 27 balang air berperisa

Gambar: Agensi Berita/Ghazali Kori

Diterbitkan : 10 Apr 2022 04:39PM Dikemas Kini : 10 Apr 2022 04:42PM

KUALA TERENGGANU: Melihatkan sambutan orang ramai terhadap pelbagai perisa air jualannya, Muhammad Fahmi Sulaiman, 26 tahun, peniaga di bazar Ramadan, Chabang Tiga di Kuala Terengganu menyasarkan menambah kepada 30 perisa tahun depan daripada 27 sekarang.

"Tahun lalu saya menggunakan 20 balang manakala tahun ini saya tambah tujuh lagi balang. Tahun hadapan saya berhajat untuk menjadikan bilangan balang air melebihi 30," kata Encik Muhammad Fahmi kepada BH Online.

Beliau memperuntukkan 100 beg air batu selain perlu menyewa empat tapak bazar bagi memuatkan 27 balang air yang digunakan untuk berniaga.

Bagi memudahkan pelanggan, beliau menjual 27 jenis air dengan harga RM5 (S$1.61) bagi dua plastik.

Sekiranya cuaca elok sepanjang hari, Encik Muhammad Fahmi mampu meraih jualan hingga RM3,500 (S$1,130) dalam sehari.

"Idea menjual air dengan pelbagai jenis bermula sejak 2014 ketika berniaga di kawasan lagun Kuala Ibai.Pilihan air yang banyak memudahkan pelanggan," katanya beliau kepada BH Online.

Tambahnya, antara perisa air yang paling popular adalah soda pudina, coklat dan mangga.

Seorang pelanggan yang ditemui, Rosmawati Alias, 30 tahun, berkata beliau teruja melihat begitu banyak perisa air yang dijual peniaga berkenaan, lapor BH Online.

"Pelbagai perisa air boleh diperoleh dan harganya juga berpatutan," katanya.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan