Peniaga bazar di Perlis curi tumpuan, jual air dalam bekas akuarium
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Tangkapan skrin video halalfoodiemy/Instagram)
PERLIS: Tibanya bulan puasa, mesti ramai yang suka menuju ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa.
Pelbagai makanan dan minuman dijual sehinggakan ramai yang terpaksa menahan nafsu untuk membeli kerana rambang mata.
Baru-baru ini, tular video di Instagram yang memaparkan bekas air unik yang digunakan oleh peniaga di bazar Ramadan, menurut portal Says.

Menerusi video itu, seorang peniaga di Bazar Ramadan Arau, Perlis dilihat menggunakan bekas akuarium ikan untuk mengisi air yang dijual.
Ramai netizen yang melihat rakaman itu prihatin dan tidak setuju dengan apa yang dilakukan peniaga berkenaan.
"Wahai peniaga-peniaga, nak kreatif itu boleh, tetapi kena ambil kira keselamatan makanan dan jangan ambil mudah. Mohon jangan guna bekas yang bukan untuk makanan. Serpihan kaca kecil dan gam silikon bahaya untuk kesihatan," kata seorang pengguna.
Balas seorang lagi netizen: "Saya tak akan beli sebab geli, fikiran akan bermain. Terfikir-fikir kalau mereka benar-benar pernah bela ikan dalam akuarium tu..."
Video itu meraih sehingga 322,000 tontonan dan dikongsikan lebih 1,921 kali.

Sumber : Sumber Web/NY/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.