Pengusaha kuih bahulu di M'sia bimbang perniagaan terjejas dek hujan berterusan
Seorang pembuat kuih bahulu di Jalan Haji Ariffin, Endau berasa resah jika keadaan hujan yang berlarutan di daerah itu menyukarkannya untuk mendapatkan bekalan sabut sekali gus menjejaskan pendapatannya.
MERSING: Seorang pembuat kuih bahulu di Jalan Haji Ariffin, Endau berasa resah jika keadaan hujan yang berlarutan di daerah itu menyukarkannya untuk mendapatkan bekalan sabut sekali gus menjejaskan pendapatannya.
Encik Rizal Mohamad, 51 tahun, yang menjalankan perusahaan kuih tradisional itu berkata hujan dan banjir berterusan dikhuatiri akan menjejaskan premis yang merupakan satu-satunya punca pendapatan keluarga.
Dia bersama isteri, Rosnani Said, 51 tahun, yang menjual kuih pau di depan kediaman mereka itu berkata kejadian banjir menambah kesukaran untuk mengemas premis dan menjual kuih yang menjadi pilihan masyarakat ketika perayaan, majlis keraian serta juadah minum petang itu.
"Apabila cuaca hujan berterusan seperti ini, agak sukar untuk kita mendapatkan bekalan sabut yang boleh didapati dengan kos RM60 (S$18) bagi muatan sebuah lori kecil.
“Saya berniaga bahulu sabut, bahulu cermai, bahulu berbentuk bunga dan ikan. Pendapatan juga tidak menentu. Kalau sabut ada, dapatlah kira-kira RM250 (S$77) hingga RM350 (S$108) sehari,” katanya ketika ditemui Bernama di premis berkenaan, yang dinaiki air hingga paras lutut pada Isnin (30 Jan).
Encik Rizal yang sudah berniaga sejak 2017 berkata hujan lebat yang berterusan melanda daerah itu sejak Sabtu lalu (28 Jan) menyebabkan premisnya dinaiki air pada hari sama sehinggakan barang perniagaan seperti sabut kelapa menjadi basah malah dua tong gas turut dibawa arus deras, namun sempat diselamatkan.
"Sekiranya banjir termenung berlaku, maka terpaksalah kami tutup (premis) dulu, tambahan pula keadaan cuaca pun tidak menentu sekarang," katanya.
Bagaimanapun, bapa kepada lapan anak itu belum dapat memastikan jumlah kerugian kerana masih belum menghidupkan suis elektrik utama di premisnya.
"Kita juga khuatir mesin pengadun dan ketuhar rosak,” katanya yang mendapat bantuan alatan tersebut daripada sebuah bank.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.