Pengurusan mayat pesawat terhempas: Jabatan forensik perlu masa urus 200 cebisan mayat
Anggaran Waktu Membaca:

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan unit Forensik membawa keluar mangsa nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina Shah Alam. (Gambar: BERNAMA)
KLANG: Proses pengurusan mayat mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Shah Alam pada Khamis (17 Ogos) dijangka selesai pada Isnin (21 Ogos).
Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata berdasarkan maklumat yang diterima daripada Jabatan Kimia, proses pengecaman ujian asid deoksiribonukleik (DNA) daripada cebisan mayat yang dilaksanakan di Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) memerlukan sedikit masa untuk diselesaikan.
"Kita mengambil 'human remains' (cebisan) ini ada yang tinggal badan, ada yang kepala sahaja, ada yang cebisan mengikut unit forensik. Ada lebih kurang 200 cebisan jadi ia memakan masa untuk ambil dan memadankan DNA hingga hari Isnin," kata Encik Razarudin ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik HTAR hari ini (18 Ogos).
Justeru, beliau menasihati para waris untuk tidak lagi menunggu di pekarangan Jabatan Forensik. Pihaknya, tambah beliau, akan menghubungi mereka jika segala urusan selesai.
“Keluarga tidak perlu tunggu di sini, nanti sakit pula kerana cuaca panas. Pihak kita dan hospital akan telefon beritahu apabila sudah selesai, jadi boleh datang untuk tengok dan sebagainya atau nak sembahyangkan, insya-Allah kita akan uruskan.”
Selain itu, Encik Razarudin berkata polis akan menyediakan khidmat pengiring dari sempadan ke sempadan untuk memudahkan pengurusan jenazah mangsa yang akan dikebumikan di kampung halaman masing-masing.
"Dengan pihak Jabatan Agama Islam Negeri Selangor, kita telah berbincang tadi mereka akan permudahkan semua urusan daripada mandi, solat dan kereta jenazah pun telah disediakan sebanyak 10 buah, pihak polis akan sediakan pengiring border to border daripada pihak trafik," katanya.
Nahas pesawat itu mengakibatkan 10 individu maut.
Lapan yang meninggal dunia terdiri daripada enam penumpang dan dua juruterbang pesawat ringan itu, manakala dua lagi ialah orang awam, masing-masing merupakan penunggang motosikal dan pemandu kereta yang berada di kawasan nahas.
Ketika kejadian, pesawat malang itu dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat pelepasan untuk mendarat di lapangan terbang pada pukul 2.48 petang.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.