Pengurus syarikat rugi RM59,000 ditipu tawaran pinjaman di laman web
Seorang pengurus syarikat mengalami kerugian sebanyak RM59,000 (S$19,600) akibat terpedaya dengan penipuan pinjaman tidak wujud di laman web.

(Gambar fail: TODAY)
KUCHING: Seorang pengurus syarikat mengalami kerugian sebanyak RM59,000 (S$19,600) akibat terpedaya dengan penipuan pinjaman tidak wujud di laman web.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak, Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata pada 28 Februari lalu, wanita yang berusia 42 tahun itu memohon pinjaman sejumlah RM80,000 (S$26,600) setelah melihat satu iklan tawaran pinjaman di laman web.
“Kemudian mangsa telah diarahkan untuk membayar wang kelulusan pinjaman berjumlah RM59,000(S$19,600) ke dalam lima akaun yang berlainan di antara tempoh 5 hingga 18 Mac.
“Mangsa mula menyedari dirinya telah ditipu setelah membuat bayaram namun tidak menerima apa-apa maklum balas,” katanya dalam kenyataan hari ini (23 Mac).
Tambah Encik Mustafa, satu lagi kes melibatkan seorang jurujual berusia 27 tahun yang kerugian lebih RM7,000 (S$2,300).
“Mangsa telah menerima pesanan menerusi aplikasi Whatapp menawarkan pinjaman wang sebanyak RM10,000 (S$3,300) dengan bayaran bulanan sebanyak RM158 (S$53) selama tujuh tahun dengan syarat membayar wang pemprosesan sebanyak RM600 (S$199).
“Setelah membuat pembayaran keseluruhan sebanyak RM7,100 (S$2360) ke satu nombor akaun sebanyak empat kali transaksi pada 20 hingga 22 Mac, mangsa yang merasakan dirinya telah ditipu membuat laporan polis,” katanya.
Encik Mustafa menasihati orang ramai supaya mendapatkan pinjaman wang daripada institusi yang sah, koperasi atau syarikat pinjaman wang berlesen yang tertakluk di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Suruhanjaya Koperasi 2007 dan Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.