Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pengunjung Disney di Shanghai 'terperangkap' dek penularan COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
Pengunjung Disney di Shanghai 'terperangkap' dek penularan COVID-19

Pusat Peranginan Disney, Shanghai. (Gambar: AFP/Hector Retamal)

Diterbitkan : 01 Nov 2022 10:05AM Dikemas Kini : 01 Nov 2022 10:05AM
BEIJING: China melaksanakan kepungan ketat di Pusat Peranginan Disney di bandar Shanghai sejak Isnin (31 Okt) kerana COVID-19.

Tindakan tersebut dilakukan secara mendadak dan menyebabkan tetamu tidak dapat meninggalkan pusat peranginan itu.

Mereka perlu menjalani ujian COVID-19 dan disahkan negatif, sebelum dibenarkan keluar, menurut pemberitahuan online pada Isnin.

Mereka yang mengunjungi pusat peranginan itu sejak Khamis (27 Okt) mesti melakukan ujian COVID-19 dan disahkan negatif sebanyak tiga kali bagi tiga hari berturut-turut dan "elak daripada menyertai kegiatan-kegiatan berkumpulan".

Tindakan kepungan itu dilaksanakan selepas 10 kes COVID-19 dikesan di Shanghai.
China merupakan ekonomi utama terakhir yang masih terikat dengan dasar sifar-COVID, dengan pihak berkuasa mengenakan sekatan pergerakan secara mendadak, ujian besar-besaran dan kuarantin dengan tempoh panjang dalam usaha mengekang penularan pandemik yang muncul.

Sungguhpun demikian, varian baru yang muncul mencabar kemampuan pegawai tempatan untuk membendung penularannya.
Sumber : Reuters/MU/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa