Pengunduran Muhyiddin Yassin, pemimpin kanan Bersatu isyarat jelas PN di ambang krisis politik terbesar
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Pengunduran Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin kanan Bersatu termasuk pada peringkat negeri daripada Perikatan Nasional (PN) memberikan isyarat jelas bahawa gabungan itu berada di ambang krisis politik terbesar sejak ditubuhkan lima tahun lalu.
Ibarat retak menanti belah, ketegangan dalam gabungan terdiri daripada Bersatu, PAS, Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) itu kian parah menyusuli peletakan jawatan beramai-ramai pemimpin Bersatu pada Selasa (30 Dis) sebagai bantahan terhadap isu yang membelenggu kerjasama politik mereka dalam PN.
Krisis politik dalam gabungan itu mula ketara dengan pergolakan pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis sehingga menyaksikan pertukaran Menteri Besar daripada PAS kepada Bersatu.
Tindakan yang disifatkan sebagai "tikam belakang" itu disuarakan pelbagai pihak berikutan perubahan kepimpinan di negeri itu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam PAS, yang menggesa pengunduran Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu dan menawarkan supaya parti itu menerajui PN.
Penganalisis sosiopolitik Universiti Malaya Prof Awang Azman Awang Pawi berpendapat tindakan drastik yang diambil pimpinan Bersatu jelas menunjukkan retakan kepercayaan dan koordinasi antara komponen utama PN, iaitu PAS dan Bersatu.
“Perbezaan pendekatan terhadap pengurusan kuasa dan kepimpinan negeri telah mendedahkan ketidaksejajaran kepentingan antara kedua-dua parti, khususnya apabila krisis memerlukan keputusan pantas dan konsensus,” katanya.
Encik Awang Azman berkata perkembangan itu menghakis keyakinan rakyat, terutamanya pengundi atas pagar dan pengundi muda yang menilai kestabilan dan kejelasan kepimpinan.
“PN berisiko dilihat sebagai gabungan yang semakin merosot pengaruh dalam kalangan penyokong dan terperangkap dengan konflik dalaman, bukan sebuah pakatan yang bersedia mentadbir,” katanya.
PN kini mentadbir empat negeri, iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Pakar geostrategi Prof Madya Dr Azmi Hassan pula berkata sekiranya peletakan jawatan Encik Muhyiddin berlaku akibat tekanan daripada PAS, jawatan Pengerusi PN berkemungkinan besar diambil alih pemimpin daripada PAS, memandangkan parti itu memiliki bilangan wakil rakyat paling ramai dalam gabungan berkenaan.
“Sekiranya PAS menerajui PN, persepsi penyokong gabungan yang bersifat neutral berkemungkinan berubah kerana PAS sering dilihat mempunyai pandangan yang lebih ekstrem dan belum membuktikan kemampuan memimpin PN secara keseluruhan,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata walaupun terdapat beberapa tokoh PAS seperti Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Kelantan Mohd Nassuruddin Daud dan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, mereka dilihat belum benar-benar berupaya mengurus politik nasional yang kompleks.
Encik Azmi menjangkakan krisis dalam PN akan lebih parah sekiranya jawatan Pengerusi PN tidak diserahkan kepada PAS, sebaliknya diberikan kepada tokoh lain seperti Timbalan Presiden Bersatu Hamzah Zainuddin.
Pengarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Madya Dr Mazlan Ali berpendapat pengunduran Encik Muhyiddin tidak mengejutkan memandangkan beliau turut berdepan dengan tekanan dalam Bersatu termasuk desakan sebahagian pemimpin dan ahli parti supaya jawatan presiden digantikan dengan Encik Hamzah.
“Persoalan utama kini ialah siapa yang mampu memimpin PN?” katanya.
Encik Mazlan berkata ketegangan antara PAS dengan Bersatu turut tercetus berhubung beberapa isu utama termasuk pencalonan perdana menteri, pendirian politik di Sabah dan perkembangan politik di Perlis, yang mengakibatkan rasa tidak puas hati PAS terhadap rakan sekutunya itu.
Beliau berkata situasi terbabit menguatkan spekulasi kemungkinan untuk PAS keluar daripada gabungan itu sekali gus berdepan dengan risiko dibubarkan.
“Kalau lihat pada trend hari ini, PAS tidak mahu memegang jawatan Exco Kerajaan Negeri Perlis, membayangkan bahawa PAS kesal terhadap Bersatu kerana hingga kini, Bersatu tidak mengambil tindakan terhadap lima ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) yang bertindak ‘merampas kuasa’ di Perlis,” katanya.
Awal dari itu, Encik Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN, berkuat kuasa pada 1 Januari 2026, selepas lima tahun mengetuai gabungan itu sejak 7 Ogos 2020, iaitu tarikh PN didaftarkan secara rasmi.
Kemudian, disusuli dengan peletakan jawatan beberapa pemimpin lain termasuk Mohamed Azmin Ali sebagai Setiausaha Agung PN; ADUN Bukit Kepong Dr Sahruddin Jamal (Pengerusi PN Johor); Ahmad Faizal Azumu (Pengerusi PN Perak) serta ADUN Labu Mohamad Hanifah Abu Baker sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan.
Dalam perkembangan berkaitan, Tuan Ibrahim mengesahkan parti itu akan mengemukakan beberapa nama untuk dipertimbangkan sebagai Pengerusi PN yang baharu, yang dijangka dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) PN dalam masa terdekat.
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dalam kenyataan berasingan pula memaklumkan PAS menawarkan kesediaan untuk menerajui PN bagi memperkasakan pertubuhan dan persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) serta Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU).
Dalam pada itu, tekanan terhadap hubungan PAS dengan Bersatu turut dizahirkan peringkat akar umbi dan sayap parti termasuk Dewan Pemuda PAS Selangor yang menggesa PAS menilai semula kerjasama politik dengan Bersatu.
Ketua Pemuda PAS Selangor Mohamed Sukri Omar berkata PAS perlu melakukan penilaian menyeluruh dan berani terhadap kerjasama itu berdasarkan realiti politik semasa serta kepentingan jangka panjang perjuangan parti dan rakyat, serta bukan didorong emosi.
Beliau mendakwa prestasi Bersatu yang semakin merosot dalam beberapa pilihan raya kebelakangan ini menunjukkan kebergantungan parti itu kepada kekuatan PAS, namun tuntutan kerusi dan pengaruh yang dibuat dilihat tidak seimbang dengan sumbangan sebenar.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor Faezuddin Puad pula berpandangan peletakan jawatan pemimpin PN menjadi bukti krisis kepimpinan dan ketidaktentuan hala tuju gabungan itu pada peringkat nasional dan negeri.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.