Skip to main content

Dunia

Pengundian PRK Semenyih berakhir

Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih bagi memilih wakil rakyat berakhir pada pukul 5.30 petang tadi (2 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Pengundian PRK Semenyih berakhir

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 02 Mar 2019 07:40PM Dikemas Kini : 02 Mar 2019 07:44PM

SEMENYIH: Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih bagi memilih wakil rakyat berakhir pada pukul 5.30 petang tadi (2 Mac).

Pengundian di 24 pusat mengundi berlangsung sejak 8.00 pagi.

Setakat pukul 4.00 petang, peratusan pemilih yang pergi mengundi ialah 68 peratus, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Seramai 53,411 pengundi biasa layak mengundi hari ini (2 Mac), dalam PRK yang diadakan menyusuli kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor dari Pakatan Harapan (PH), pada 11 Januari lalu.

Pengundian awal bagi PRK itu diadakan pada Selasa (26 Feb).

Pusat penjumlahan rasmi undi yang ditetapkan ialah di Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang di Saujana Impian, Kajang.

SPR sebelum ini dilaporkan menjangkakan keputusan pengundian diumumkan sebelum pukul 10.00 malam.

PRK Semenyih menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Muhammad Aiman Zainali (PH), Zakaria Hanafi (Barisan Nasional), Nik Aziz Afiq Abdul (Parti Sosialis Malaysia) dan calon Bebas, Kuan Chee Heng.

Ia adalah PRK keenam selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei 2018, dengan yang pertama diadakan di DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos, DUN Balakong dan DUN Seri Setia (8 Sept), Parlimen Port Dickson (13 Okt) dan Parlimen Cameron Highlands (26 Jan). 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita