Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pengundian bagi DUN Tioman ditangguhkan

Anggaran Waktu Membaca:
 Pengundian bagi DUN Tioman ditangguhkan

Gambar: NSTP/Aswadi Alias

Diterbitkan : 19 Nov 2022 08:02AM Dikemas Kini : 19 Nov 2022 08:12AM
KUANTAN: Pengundian bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), hari ini (19 Nov), ditangguhkan berikutan kematian calon daripada Perikatan Nasional (PN), Md Yunus Ramli, awal pagi tadi.

Perkara itu disahkan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang, Zamree Hamli, ketika dihubungi, lapor Berita Harian Online.

Beliau berkata, menyusuli kematian calon terbabit, pengundian bagi kerusi DUN Tioman ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak, menurut Berita Harian Online lagi.

Awal dari itu, media melaporkan Allahyarham Md Yunus disahkan meninggal dunia pada pukul 3.30 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Rompin.

Semalam (18 Nov), SPR menetapkan pengundian PRU15 bagi kerusi Parlimen Padang Serai, ditunda ke 7 Disember depan berikutan kematian seorang calonnya daripada Pakatan Harapan (PH), M Karupaiya yang juga penyandang kerusi Parlimen itu, Rabu lalu.

Pengerusi SPR, Abdul Ghani Salleh, dipetik berkata justeru hari penamaan calon bagi kerusi Parlimen Padang Serai ditetapkan pada 24 November ini, manakala hari mengundi awal pula 3 Disember.
 
Sumber : Agensi berita/NK/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan