Skip to main content

Dunia

Pengundi di Sarawak beratur dalam air banjir

Anggaran Waktu Membaca:
Pengundi di Sarawak beratur dalam air banjir

Gambar: Sumber Web

Diterbitkan : 19 Nov 2022 02:42PM
KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramalkan di negeri Johor dan Sabah hingga pukul 3.00 petang pada Sabtu (19 Nov), sedang rakyat Malaysia keluar mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jabatan Meteorologi Malaysia, melalui catatan di Facebook memberi amaran bahawa di Johor, hujan lebat dan angin kencang dijangkakan di Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, manakala di Sabah, ia melibatkan Tawau dan Sandakan.

Menurut agensi cuaca, amaran dikeluarkan sekiranya ada tanda-tanda ribut petir dengan hujan yang lebatnya melebihi 20mmh yang "hampir atau dijangkakan akan berlaku lebih sejam lamanya".

Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang hanya sahih buat tempoh "tidak melebihi enam jam selepas amaran dikeluarkan".

Kenyataan MetMalaysia sebelum ini meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah hingga pukul 9.00 pagi pada hari ini.

Seorang warga Facebook di Baram, Sarawak memuat naik gambar barisan pengundi yang masih beratur meskipun dalam air banjir setinggi lutut mereka.

Namun sebelum ini, Bernama melaporkan bahawa proses pengundian berjalan dengan lancar di kawasan yang dilanda banjir meskipun ada penukaran pusat pengundian.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita