Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penguasa M'sia bincang laksana penetapan 2 harga bagi minyak masak domestik, eksport

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia mengadakan perbincangan dengan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) untuk melaksanakan penetapan dua harga bagi minyak masak kegunaan domestik dan eksport.

Anggaran Waktu Membaca:
MELAKA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia mengadakan perbincangan dengan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) untuk melaksanakan penetapan dua harga bagi minyak masak kegunaan domestik dan eksport.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Rosol Wahid bagaimanapun berkata pelaksanaan langkah itu belum dapat diputuskan dan perlu dibawa ke Kabinet dalam tempoh satu atau dua minggu lagi untuk penelitian lanjut.

"Memang kita ada bincang cadangan nak buat penetapan harga dua peringkat untuk minyak masak kegunaan domestik dan eksport… pada dasarnya, kita dah bersetuju tetapi perlu diputuskan oleh Kabinet.

“Kita berharap penetapan harga ini akan dapat dilaksanakan untuk meringankan beban negara khususnya melibatkan minyak masak bersubsidi," katanya kepada wartawan selepas merasmikan Mesyuarat Ke-67 Kumpulan Kerja Mengenai Kerjasama Harta Intelek ASEAN (AWGIPC) di Melaka hari ini (22 Ogos).

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan penetapan harga maksimum minyak masak botol di Malaysia.

Mengulas lanjut, Encik Rosol berkata di peringkat awal, ambang bagi minyak masak domestik dan eksport di bawah penetapan harga dua peringkat itu telahpun dibincangkan tetapi perinciannya belum dapat didedahkan.

Pada Mac lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi berkata pihaknya sedang mencari alternatif, termasuk penetapan dua harga bagi kegunaan minyak masak domestik dan eksport, untuk memastikan agihan subsidi minyak masak sampai kepada golongan sasar.
Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan