Penguasa air Arab Saudi tinjau kesiapsiagaan Makkah hadapi Ramadan
Presiden Penguasa Air Arab Saudi, Eng. Abdullah Al-Abdulkareem meninjau kesiapsiagaan sistem bekalan air di Makkah dan kawasan Tanah Suci sebagai persediaan menghadapi Ramadan, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).
Anggaran Waktu Membaca:
MAKKAH: Presiden Penguasa Air Arab Saudi, Eng. Abdullah Al-Abdulkareem meninjau kesiapsiagaan sistem bekalan air di Makkah dan kawasan Tanah Suci sebagai persediaan menghadapi Ramadan, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).
Lawatan itu bertujuan memastikan keandalan bekalan dan kemampanan perkhidmatan menyusuli jangkaan peningkatan permintaan.
Tinjauan merangkumi sistem pengeluaran, penghantaran, penyimpanan dan pengagihan air.
Encik Al-Abdulkareem meneliti aliran kerja operasi, penunjuk prestasi serta pelan pengurusan permintaan bermusim bagi meningkatkan kesiapsiagaan teknikal dan penyelarasan merentas sistem, sekali gus memastikan bekalan berterusan serta air berkualiti tinggi kepada pengunjung Masjidil Haram.
Selain itu, beliau turut mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Haji dan Umrah, Dr Abdulfattah Mashat bagi membincangkan persiapan serta memperkukuh kerjasama antara pihak berkuasa dengan kementerian sepanjang Ramadan.
Mengakhiri lawatan itu, beliau menegaskan keperluan membuat persiapan proaktif menerusi integrasi institusi dan penggunaan sumber secara optimum bagi menyediakan perkhidmatan terbaik kepada tetamu pada musim sibuk.

Sumber : Bernama/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.