Pengkaji Jepun hasilkan kaedah mudah kesan tanda hidap penyakit Alzheimer's
Para pengkaji Jepun telah mencipta kaedah untuk mengenal pasti individu yang mungkin menghidap penyakit Alzheimer's, iaitu dengan menanyakan mereka beberapa soalan mudah dan memerhatikan tingkah laku mereka.
Anggaran Waktu Membaca:
JEPUN: Para pengkaji Jepun telah mencipta kaedah untuk mengenal pasti individu yang mungkin menghidap penyakit Alzheimer's, iaitu dengan menanyakan mereka beberapa soalan mudah dan memerhatikan tingkah laku mereka.
Kaedah itu dijangka memudahkan pemberian diagnosis dan rawatan awal.
Kajian yang dijalankan oleh para pengkaji dari Universiti Keio dan Hospital Saiseikai Yokohamashi Tobu mendapati penyakit Alzheimer's dapat dikesan dengan mengenal pasti "tanda-tanda tolehkan kepala" atau "head-turning sign (HTS)".
Perbuatan itu yang dibuat apabila pesakit menoleh kepala mereka ke arah seorang penjaga untuk mendapatkan bantuan apabila doktor menanyakan beberapa soalan mudah, seringkali dilihat dalam kalangan mereka yang menghidap demensia.
Kajian itu diterbitkan dalam jurnal perubatan 'Alzheimer's Research & Therapy' pada 21 November.
Pasukan itu yang dipimpin oleh profesor Daisuke Ito dari Universiti Keio, menjalankan eksperimen ke atas 155 peserta termasuk pesakit demensia dan individu yang sihat, menggunakan soalan-soalan mudah bagi melihat tanda-tanda penyakit Alzheimer's berdasarkan jawapan dan tingkah laku mereka.
Hasil kajian itu mendapati 83 peratus individu yang menjawab "tidak" atau memberi jawapan salah kepada soalan "Adakah anda sedang mengalami sebarang kesulitan?" dan "Adakah sebarang berita sepanjang tiga bulan lalu menarik perhatian anda?" dan memberi jawapan khusus kepada "Adakah anda mempunyai sesuatu yang digemari?" diuji positif bagi penyakit Alzheimer's dalam pemeriksaan susulan.
Profesor Ito memberitahu FNN bahawa pesakit Alzheimer's seringkali cuba tampil sihat atau selindungkan penyakit mereka, justeru ia menjelaskan kecenderungan mereka memberi jawapan terperinci apabila disoal mengenai perkara yang digemari.
Mereka yang menjawab "tidak" kepada ketiga-tiga soalan itu menghidap penyakit demensia yang bukan Alzheimer's, katanya.
Selain itu, 87 peratus daripada mereka yang mendapatkan bantuan dari keluarga atau menunjukkan isyarat HTS juga diuji positif.
Pasukan kajian itu menyimpulkan bahawa dengan memerhatikan respons dan tingkah laku peserta, mereka dapat mengenal pasti dengan tepat para individu yang berisiko tinggi menghidap penyakit Alzheimer's.

Sumber : Sumber Web/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.