Pengikut ajaran sesat lelaki SG mengaku rasul cecah 5,000
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail.
SEREMBAN: Ajaran Cahaya yang dikesan di Kuala Pilah sejak setahun lalu dipercayai mempunyai hampir 5,000 pengikut dalam Telegram dan Facebook milik akaun seorang lelaki yang mendakwa dirinya mempunyai roh kudus.
Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Ahmad Zaki Hamzah berkata, selain menyebarkan ajaran secara berkumpul di rumah, lelaki itu juga menyebarkan fahaman melalui media sosial, lapor KOSMO!.
“Dia mempengaruhi pengikut-pengikutnya dengan mempercayai fahaman ideologi yang dilihat dengan jelas bertentangan dengan hukum syarak dan apa yang dipegang oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya ketika ditemui wartawan.

BACA:
Encik Ahmad Zaki memberitahu, dalam pemantauan selama setahun di negeri ini, fahaman itu hanya tersebar di sebuah rumah kampung di Kuala Pilah dan tiada di negeri-negeri lain.
Katanya, pengikut ajaran sesat itu di negeri ini juga tidak ramai dan kebanyakan mereka sudah mulai sedar.
“Ada dalam kalangan pengikut yang tersedar menarik diri termasuklah juga di Kuala Pilah, dia berkumpul sesama dia di rumah itu.
“Kita dapat tahu dekat setahun berdasarkan keterangan saksi-saksi yang sudah ikut fahaman ini hampir empat tahun sebelum tersedar dan tarik diri,” katanya, seperti dilapor KOSMO!.
Menurutnya, berikutan ramai dalam kalangan pengikut tidak bersetuju dan keluar daripada ajaran sesat terbabit, mereka menggunakan seorang wanita yang beralamat di Melaka sebagai orang kanannya dalam mencari pengikut.
“Ibaratnya wanita ini menjadi progapanda mencari pengikut-pengikutnya. Wanita ini memainkan peranan membawa masuk suspek (lelaki warga emas) dari Singapura.
“Semasa ditahan pun, suspek ketika itu bersama wanita dan juga beberapa orang yang lain dalam perjalanan untuk menuju ke Terengganu bagi sesuatu aktiviti. Kita membuat tindakan untuk menyekat sebelum sampai di Terengganu,” katanya, lapor KOSMO! lagi.

Sumber : Agensi berita/NK/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.