Skip to main content

Dunia

Penghantaran muatan kapal mungkin ambil masa berbulan untuk selesai angkara insiden Terusan Suez

Sebuah kapal kontena yang tersendat di Terusan Suez menyebabkan gangguan pada industri perkapalan global yang mungkin mengambil masa selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan untuk diselesaikan penghantaran yang mengalami kelengahan, menurut sebuah syarikat perkapalan kontena terkenal.

Anggaran Waktu Membaca:
Penghantaran muatan kapal mungkin ambil masa berbulan untuk selesai angkara insiden Terusan Suez

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 29 Mar 2021 09:14PM Dikemas Kini : 29 Mar 2021 09:16PM

COPENHAGEN: Sebuah kapal kontena yang tersendat di Terusan Suez menyebabkan gangguan pada industri perkapalan global yang mungkin mengambil masa selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan untuk diselesaikan penghantaran yang mengalami kelengahan, menurut sebuah syarikat perkapalan kontena terkenal.

Sekitar 30 peratus daripada jumlah kontena penghantaran dunia - termasuk barang-barang seperti sofa, barangan elektronik pengguna, pakaian dan kasut - dihantar setiap hari menerusi Terusan Suez sepanjang 193 kilometer. Kontena-kontena kosong, yang diperlukan oleh kilang-kilang di Asia untuk menghantar barang-barangan juga terjejas akibat kelengahan itu.

"Sekalipun selepas terusan itu dibuka semula, kesannya terhadap kapasiti global dan peralatan sangat ketara," menurut syarikat perkapalan dan penghantaran kontena terbesar di dunia, Maersk, dalam maklumannya kepada para pelanggan pada Isnin (29 Mac).

Tiga buah kapal Maersk terkandas di terusan itu dan lagi 29 sedang menunggu giliran untuk memasukinya, sambil menambah bahawa ia berhasil melencongkan 15 kapalnya untuk belayar ke bahagian selatan Afrika.

"Setelah mengambil kira jumlah kapal yang terkandas, ia mungkin mengambil masa enam hari atau lebih daripada itu sebelum kesemua kapal dapat melalui terusan tersebut," tegas syarikat perkapalan itu.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita