Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penghantar makanan warga emas ini gigih jalankan tugas meski badannya bongkok

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Siapa saja dalam dunia ini yang tidak mahukan kehidupan yang senang dan selesa bukan?

Namun, bukan semua orang diberikan rezeki untuk berduit dan bermewah. Walau bagaimanapun, kita sebagai manusia biasa perlu mensyukuri apa saja nikmat yang dikurniakan kepada kita, selain berusaha untuk mencari rezeki lebih buat keluarga.

Baru-baru ini, tular sebuah rakaman video seorang warga emas bekerja sebagai penghantar makanan yang telah membuatkan ramai sebak, lapor agensi berita Seismik.

Saksikan video penuh berikut:
Gigih jadi penghantar makanan Grabfood walaupun sudah bongkok dan tidak larat.

Menerusi perkongsian video daripada pengguna TikTok @hazwanhfiz, kelihatan seorang warga emas sedang membawa beg GrabFood dalam keadaan membongkok.

Difahamkan, dia mengambil dan menghantar makanan kepada pelanggan di sekitar Kuala Lumpur, seperti dipetik oleh agensi berita Seismik.

Apa yang membuatkan ramai sebak adalah apabila individu yang merakam video tersebut bertanya tentang cuti raya, warga emas tersebut memberitahu dia tidak mengambil cuti dan hanya berehat semasa waktu solat saja.

Lebih memilukan, warga emas itu juga hanya berbuka puasa dengan mengambil makanan di surau atau masjid di kawasan sekitarnya.

"Saya berbuka ambil dekat surau Hartamas, dah bagi sedekah macam-macam. Dah makan ‘on’ balik lah. Tak cuti raya, rehat pun tak ada. Kalau nak solat je rehat," katanya, lapor portal Seismik.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih kira-kira 500,000 tontonan, 40 tanda suka serta 2.4 ribu komen di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut sebak melihat keadaan warga emas itu. Malah, ada juga yang meluahkan hasrat ingin berjumpa dengannya untuk menghulurkan bantuan.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan