Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penghantar makanan ini tersentuh oleh permintaan khas, sumbangan pelanggan

Anggaran Waktu Membaca:
Penghantar makanan ini tersentuh oleh permintaan khas, sumbangan pelanggan

(Gambar: Facebook/Hazmie Faiz Razak)

KUALA LUMPUR: Seorang penghantar makanan di Malaysia baru-baru ini membuat penghantaran seperti biasa di tingkat lima sebuah flat.

Namun apa yang diterimanya selepas pesanan itu dikirimkan jelas jauh berbeza daripada kebiasaan.

Hazmie Faiz Razak berkongsi di laman Facebook beliau: "Cerita dia, aku pergi hantar 'order' dekat rumah flat. Kena pulak tingkat lima. Kalau ikutkan hati aku malas nak naik tinggi-tinggi. Tapi sebab amanah, aku ikhlaskan hati. Pergi la panjat sampai tingkat lima. Mengah jugak aku. Sampai depan rumah 'customer', 'customer' dah tunggu. Aku bagi makanan, 'customer' terus hulur sampul."
Beliau meneruskan cerita bahawa pelanggan itu memintanya untuk mengambil sahaja sampul itu tanpa memberitahu kandungannya, menurut The Rakyat Post.

"Aku turun, 'order' terus masuk. 'Start' motosikal pergi ambil 'order'. Sampai di 'vendor', aku baru teringat sampul abang ini bagi. Buka je sampul, Allahuakbar. Nampak ada satu kertas kecil, aku baca. Hampir nak menitis air mata aku. Semoga abang syed dikurniakan zuriat dan dimurahkan rezeki selalu," tulis Hazmie.

Jelas, Hazmie tersentuh bahawa pelanggan itu bukan sahaja menghulurkan sampul berisi beberapa keping wang kertas RM50 tetapi juga disertakan nota yang bertulis "Bang, minta doakan saya dan isteri dapat zuriat."

Gambar yang dikongsikan di laman Facebook Hazmie itu turut menarik perhatian media dan warga net, yang sama-sama mendoakan yang terbaik bagi pasangan berkenaan, seperti dipetik The Rakyat Post.
 
Sumber : Agensi berita/IM/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan