Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penghadang keselamatan mengelilingi Kaabah dialihkan

Anggaran Waktu Membaca:
Penghadang keselamatan mengelilingi Kaabah dialihkan

Gambar: Agensi berita

Diterbitkan : 03 Aug 2022 10:33AM Dikemas Kini : 03 Aug 2022 10:33AM
MAKKAH: Ketua Pejabat Penjaga Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais, mengumumkan pada Selasa (2 Ogos) bahawa penghadang keselamatan yang diletakkan mengelilingi Kaabah sudahpun dialihkan.

Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman mengeluarkan perintah diraja berhubung perkara tersebut sambil menarik perhatian bahawa langkah itu sejajar dengan permulaan musim Umrah yang baru.

Sheikh Al-Sudais menekankan bahawa keputusan itu menekankan lagi kesungguhan kepimpinan Arab Saudi bagi memudahkan jemaah dan pengunjung ke Masjidil Haram untuk menunaikan ibadah mereka dalam suasana yang tenang serta selamat.

Ini terutama sekali dengan jumlah jemaah dan pelawat ke Masjidil Haram yang semakin meningkat sempena permulaan musim baru umrah.

"Pejabat kami sedang bekerjasama dengan semua sektor yang beroperasi di Masjidil Haram untuk menerima kedatangan jemaah dan menyediakan mereka dengan semua perkhidmatan serta kemudahan," kata Sheikh Al-Sudais.

Pejabat tersebut meletakkan penghadang di sekeliling Kaabah pada 1 Julai 2020. Pelaksanaan itu mengikut arahan daripada Pusat Nasional bagi Pencegahan Koronavirus sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengekang penularan jangkitan semasa pandemik.

Ia juga melarang para jemaah Haji dan Umrah serta pelawat daripada menyentuh mahupun mencium Kaabah dan Hajar Al-Aswad.
Sumber : Financial Times/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa