Skip to main content

Dunia

Penggunaan kon anjing untuk bendung masa skrin cucu cetus perbahasan hangat dalam kalangan warga net

Anggaran Waktu Membaca:
XIAN: Huraian untuk menggunakan kon anjing oleh seorang datuk semata-mata untuk membendung tabiat si cucu menggunakan telefon bimbit secara berlebihan, mencetuskan perbahasan dalam kalangan pengguna online di China.

Video yang menunjukkan huraian yang bukan konvensional yang diambil lelaki tersebut, tular di platform media sosial China Weibo selepas ia dimuat naik pada 10 Dis, sekali gus mengundang reaksi bercampur-campur netizen. Sebilangan penduduk mendapati gelagat lelaki itu mencuit hati, manakala yang lain menganggap ia sebagai sesuatu yang membimbangkan.

Menurut hantaran oleh Bailu Video, lelaki yang tidak dinamakan dari bandar Xian itu telah membawa cucu perempuannya yang berusia lima tahun dan ibunya keluar pada 7 Disember.

Dari saat dia menaiki kereta tersebut, si datuk mendapati mata kanak-kanak itu terus tertumpu pada skrin telefon bimbit berkenaan dan terlalu asyik bermain dengan permainan di telefon bimbitnya sepanjang perjalanan tersebut.

Menyedari bahawa dia mempunyai sebuah kon anjing yang belum digunakan lagi dalam kereta tersebut, lelaki itu kemudian memutuskan untuk membungkus kon itu pada leher cucunya dengan rapi dalam usaha menghalangnya daripada menggunakan peranti itu.

"Pada mulanya, kanak-kanak itu menolaknya memandangkan dia tidak dapat lihat telefon bimbit tersebut dan kerana dia tahu kon tersebut digunakan khususnya untuk anjing. Meskipun ia masih baharu, dia masih menentang (daripada memakainya)," ujar ibu kanak-kanak perempuan itu kepada agensi berita South China Morning Post.

Kon anjing, atau dikenali sebagai kolar Elizabethan, ialah aksesori berbentuk kon yang diperbuat daripada plastik atau fabrik yang biasanya diletakkan di keliling kepala anjing untuk mengelak haiwan tersebut daripada menjilat atau mengunyah kawasan di badannya di mana terdapat pembedahan, luka atau balutan.

Ibu kanak-kanak itu, yang mempunyai nama keluarga Yuan, memberitahu Bailu Video bahawa menariknya, pendekatan tersebut terbukti berkesan dalam menangani "ketagihan" anak perempuannya terhadap telefon bimbit.

"Untuk beberapa hari kemudian, setiap kali dia mahu menggunakan telefon bimbit, saya akan meletakkan kon padanya. Selepas memakainya selama dua atau tiga hari, dia tidak lagi mahukan telefon jadi kami tidak menggunakannya lagi," kongsi Cik Yuan.

Sesetengah netizen mendapati telatah keluarga itu mencuit hati dan bahkan, memuji datuk itu atas kebijaksanaannya.

Walau bagaimanapun, kebanyakan netizen online dilihat menyuarakan rasa kurang senang terhadap idea itu, dengan ramai menimbulkan keraguan terhadap keberkesanan kaedah tersebut dan menyatakan kebimbangan mereka terhadap kanak-kanak itu.
Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita