Penggunaan kenderaan disekat di New Delhi bagi atasi pencemaran udara
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Arun SANKAR / AFP)
NEW DELHI:Ibu kota India, New Delhi akan meletakkan had kepada penggunaan kenderaan selama seminggu dari 13 sehingga 20 November bagi mengatasi pencemaran udara, menurut menteri alam sekitar pemerintah tempatan pada Isnin (6 Nov).
Ini sedang mutu udara kekal pada tahap 'teruk' walaupun usaha mitigasi dijalankan, lapor Reuters.
Peraturan ini membolehkan kenderaan dengan nombor plat ganjil untuk hanya dipandu pada tarikh ganjil manakala nombor plat genap akan dibenarkan di jalan raya pada tarikh genap.
New Delhi sering berada di kedudukan antara bandar paling tercemar di dunia setiap tahun menjelang permulaan musim sejuk pada bulan November, apabila angin tenang, suhu rendah memerangkap bahan tercemar yang dikeluarkan daripada berbagai sumber.
Kualiti udara 'teruk' untuk hari ketiga berturut-turut di New Delhi pada hari Isnin, menurut badan kawalan pencemaran persekutuan, memaksa pemerintah bandar itu melanjutkan penutupan sekolah rendah sehingga 10 November, menurut laporan Reuters.
"Ada kemungkinan bahawa pencemaran udara akan meningkat selepas Diwali," kata Menteri Alam Sekitar India, Gopal Rai, merujuk kepada perayaan agama Hindu pada 12 November di mana mercun, yang diharamkan, sering dibakar, memburukkan lagi keadaan pencemaran udara.
Perlawanan Piala Dunia kriket yang melibatkan Sri Lanka dan Bangladesh, bagaimanapun, diteruskan di bandar itu pada Isnin dengan pihak penganjur memasang penapis udara di bilik persalinan pemain dan menggunakan perenjis air untuk mengurangkan bahan tercemar di udara, lapor Reuters.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.