Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penggunaan basikal, skuter elektrik di kawasan wisata Melaka masih dikaji

Anggaran Waktu Membaca:
MELAKA: Kebenaran penggunaan basikal dan skuter elektrik di jalan raya khususnya di sekitar kawasan tumpuan pelancongan di Banda Hilir di Melaka masih di peringkat kajian melibatkan pelbagai aspek termasuk keselamatan serta perundangan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Zainal Abu berkata, kajian berkenaan juga melibatkan beberapa pihak berkuasa lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kerja Raya dan beberapa pihak badan bukan kerajaan.

"Secara dasarnya kita bersetuju tentang penggunaan basikal dan skuter elektrik kerana ia selaras dengan hasrat kerajaan negeri ke arah negeri hijau, tetapi banyak aspek perlu diambil kira kerana Melaka merupakan negeri pelancongan dan kesesakan sering berlaku pada hujung minggu atau cuti panjang.

"Antara aspek yang perlu kita kaji ialah laluan khas bagi penggunaan basikal dan skuter elektrik supaya tidak mengganggu kenderaan lain, sekali gus kemalangan dapat dielakkan... kita juga perlu melihat jarak serta kelebaran laluan khas tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas menyempurnakan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat MBMB Sempena Hari Kebangsaan 2022 di Melaka pada Jumaat (26 Ogos).

Beliau berkata prosedur operasi standard, syarat atau undang-undang khas penggunaan basikal dan skuter elektrik juga akan dirangka bersama pihak kuasa terlibat dalam memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya terjamin.

Mengulas laluan bagi kenderaan alternatif itu, Encik Zainal berkata setakat ini terdapat 'laluan hijau' bagi basikal di sekitar Banda Hilir dan kesesuaian laluan itu untuk turut digunakan skuter serta basikal elektrik sedang dikaji.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan