Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pengguna TikTok tampal pelekat tatu pada kucing; cetus debat hangat online

Seorang pemilik haiwan mencetuskan perbahasan hangat online selepas "mengubah" rupa kucingnya dengan menambah pelekat tatu pada tubuh haiwan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengguna TikTok tampal pelekat tatu pada kucing; cetus debat hangat online

(Gambar: Petikan skrin TikTok/alexyauus021)

BERITAmediacorp: Seorang pemilik haiwan mencetuskan perbahasan hangat online selepas "mengubah" rupa kucingnya dengan menambah pelekat tatu pada tubuh haiwan itu.

Pengguna TikTok itu berkongsi video baru-baru ini bagi menunjukkan bagaimana dia menampal pelekat bercorak bunga itu pada kucing jenis Sphynxnya, lapor Daily Star.

Pelekat-pelekat sementara itu ditekan pada kulit kucing yang tidak berbulu itu dari bahagian belakang hingga ke kaki kanan haiwan berkenaan.
Video tersebut mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan pencinta kucing di ruangan komen sama ada ia selamat untuk kucing tersebut.

Dalam petikan laporan Daily Star, seorang pengguna meninggalkan komen: "Jadi ini 'cool'. Keprihatinan utama saya adalah apabila mereka membersihkan dan menjilat diri sambil menelan sebahagian daripada tatu itu. Adakah ia akan menimbulkan masalah?"

Seorang lagi pengguna menulis: "Ini kelihatannya seharus dilarang. Tetapi kucing itu kelihatan agak "jahat dan ganas".

Pengguna ketiga pula menulis: "Adakah penderaan haiwan kini satu trend?"

Sebilangan pengguna merasakan kucing itu kelihatan 'cool', namun ramai yang juga bimbang sama ada pelekat tatu itu selamat untuk haiwan tersebut.

Menurut Daily Star, doktor-doktor haiwan dan pertubuhan mesra haiwan bagaimanapun tidak menyarankan membuat tatu pada haiwan untuk menjadikannya mudah dikenal pasti mahupun bagi kecantikan.

Dakwat tatu mengandungi partikel pigmen yang kekal pada kulit bagi mendapatkan warna yang diingini.
Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan