Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pengguna TikTok, segelintir penggubal undang-undang AS menentang aplikasi diharamkan

Anggaran Waktu Membaca:

WASHINGTON: Para pengguna TikTok dan tiga penggubal undang-undang parti Democrat Amerika Syarikat (AS) pada Rabu (22 Mac) menyatakan mereka menentang sebarang larangan berpotensi ke atas aplikasi perkongsian video ringkas yang dimiliki China itu.

Aplikasi itu digunakan lebih 150 juta orang di Amerika.

Pada Khamis (23 Mac), Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TikTok Chew Shou Zi akan memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Tenaga dan Perdagangan Dewan AS di tengah-tengah gesaan yang semakin meningkat untuk melarang penggunaan TikTok. Ini berikutan kebimbangan mengenai keselamatan negara ketika hubungan antara Beijing dan Washington bertambah keruh.

Semasa satu sidang media di Washington, waki-wakil Jamaal Bowman, Mark Pocan, Robert Garcia dan para pengguna TikTok menggesa agar dikuatkuasakan undang-undang privasi meluas yang akan menangani semua syarikat besar media sosial.

"Mari lakukan perkara yang betul di sini - pembaharuan media sosial secara menyeluruh kerana ia berkaitan dengan privasi dan keselamatan," kata Encik Bowman.

Namun demikian, lebih ramai penggubal undang-undang AS mahu TikTok dilarang. Para pengkritik khuatir data pengguna TikTok di AS akan diserahkan kepada pemerintah China.

Pada minggu lalu, TikTok menyatakan bahawa pentadbiran Presiden Joe Biden menuntut agar para pemilik China melepaskan pegangan mereka atau ia berkemungkinan berdepan dengan larangan.

Sekitar 12 remaja, guru dan pemilik perniagaan berhimpun di Kongres untuk membincangkan mengenai penentangan mereka terhadap larangan yang berpotensi itu sambil menarik perhatian kepada manfaat TikTok dalam kehidupan serta mata pencarian mereka.

"Melarang TikTok bukan jawapannya. Memastikan data warga AS selamat adalah (jawapannya)," ujar Encik Pocan.

Senator Ed Markey, seorang anggota Democrat, menegaskan di Senat pada Rabu (22 Mac) bahawa TikTok adalah ancaman yang perlu ditangani tetapi ia bukan satu-satunya ancaman pemantauan kepada golongan muda.
 
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan