Pengguna TikTok di Montana fail tuntutan mahkamah terhadap pengharaman aplikasi itu
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Mario Tama/Getty Images/AFP)
MONTANA: Lima pengguna TikTok di Montana, Amerika Syarikat (AS), yang menghasilkan kandungan di aplikasi video pendek itu memfailkan tuntutan mahkamah yang bertujuan untuk menghalang larangan baru wilayah itu ke atas platform dimiliki China.
Gabenor Montana Greg Gianforte pada Rabu (17 Mei) menandatangani undang-undang untuk mengharamkan TikTok di wilayah itu, bermula 1 Januari.
Lima pengguna aplikasi tersebut ingin menghalang undang-undang baru itu, yang tidak membenarkan aplikasi Alphabet di Google dan Apple untuk menawarkan TikTok di wilayah berkenaan.
Tuntutan mahkamah itu difailkan di Mahkamah Daerah Montana, Amerika Syarikat (AS), dengan peguam negara Austin Knudsen, yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang itu.
Pengguna TikTok tersebut berhujah bahawa wilayah itu ingin "menunjukkan kuasanya terhadap keselamatan negara di mana ia tidak diperlukan di Montana dan melarang ucapan yang tidak dihalang oleh wilayah tersebut."
Tuntutan mahkamah itu menyatakan bahawa para pengguna yakin bahawa undang-undang itu melanggar hak Pindaan Pertama.
Menurut tuntutan mahkamah itu, kelima-lima plaintif, kesemuanya penduduk Montana, termasuk seorang pereka baju renang mapan yang menggunakan TikTok untuk mempromosikan syarikatnya dan melayani pelanggannya, seorang bekas sarjen anggota marin AS yang menggunakan TikTok untuk berhubung dengan anggota veteran, seorang petani yang menggunakan TikTok untuk mengongsi kandungan mengenai pengembaraan di alam sekitar, seorang pelajar yang sedang mempelajari fisiologi manusia gunaan dan mengongsi tentang pengembaraannya, dan seorang lelaki yang mengongsi video-video komedi di TikTok sambil meraih pendapatan melalui kandungan yang dimuat naik.
Pada Rabu, berikutan undang-undang yang ditandatangani gabenor Montana, Encik Knudsen, seperti Encik Gianforte, yang merupakan anggota Republican, menyifatkan TikTok sebagai "alat pengintipan Parti Komunis China yang mengancam semua penduduk Montana".
Namun, TikTok menyatakan pada Rabu, sejurus selepas gabenor itu menandatangani undang-undang tersebut, bahawa pengharaman di Montana "melanggar hak Pindaan Pertama penduduk Montana dengan menghalang mereka daripada aplikasi itu," dan menambah bahawa ia akan "terus berusaha untuk melindungi hak penggunanya di dalam dan luar Montana."
TikTok sudah berulang kali menafikan bahawa ia tidak pernah mengongsi data bersama pemerintah China dan syarikat itu tidak akan melakukan demikian jika disuruh.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.