Skip to main content

Dunia

Pengguna M'sia dijangka nikmati khidmat 5G secara berperingkat selewatnya Sep ini

Syarikat keenam sudahpun memeterai perjanjian untuk mengambil ekuiti dalam Digital Nasional Bhd (DNB).

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Pengguna dijangka dapat menikmati perkhidmatan rangkaian 5G secara berperingkat selewat-lewatnya September ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Annuar Musa.

Beliau berkata menjelang 1.00 tengah hari pada Khamis (30 Jun), syarikat keenam sudahpun memeterai perjanjian untuk mengambil ekuiti dalam Digital Nasional Bhd (DNB).

Encik Annuar berkata keenam-enam syarikat bersetuju memegang ekuiti dalam DNB dan persetujuan itu akan disusuli dengan perundingan yang muktamad mengenai harga dan sebagainya.   

“Jadi proses fasa pertama itu selesai dan sekurang-kurangnya keenam-enam syarikat ini, dalam bahasa biasa, akan diberi peluang untuk membuat dia punya kajian daya maju dan juga kaedah penilaian bagi tujuan pelaksanaan pelancaran sebenar dan DNB difahamkan ini mungkin memakan masa antara satu hingga dua bulan.

“Insya-Allah, seminggu lagi menjelang 8 haribulan (Julai), dirasmikan tandatangan, dokumen-dokumen yang tertentu kemudian barulah mereka diberi tempoh untuk membuat proses kajian daya maju yang berkenaan supaya menjelang September selewat-lewatnya, pengguna sudah boleh menerima pelancaran perkhidmatan 5G secara berperingkat mengikut kawasan dan prasarana yang dapat disiapkan terlebih dahulu oleh DNB,” katanya pada Jumaat (1 Jul).

Beliau mengulas Majlis Ramah Mesra Bersama MenKOMM serta Taklimat Pelaksanaan 5G oleh Kementerian Kewangan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta DNB awal semalam.

Encik Annuar berkata beliau juga gembira kerana selepas pelancaran itu tergendala selama beberapa bulan akibat penentuan model Rangkaian Borong Tunggal (SWN) yang dirayu untuk diubah, kini sudah ada jalan penyelesaian yang diterima oleh semua pihak.

Kelmarin, beliau memaklumkan bahawa enam syarikat telekomunikasi dijangka memegang kepentingan ekuiti dalam DNB bagi pelaksanaan infrastruktur 5G negara melalui model SWN.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita