Penggubal undang-undang AS janji sediakan latihan kepada tentera Taiwan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Taiwan Presidential Office)
TAIPEI: Seorang penggubal undang-undang kanan Amerika Syarikat (AS) berjanji untuk menyediakan latihan kepada angkatan bersenjata Taiwan dan mempercepatkan penghantaran senjata.
Kenyataan itu dibuat sedang China memulakan latihan ketenteraan tiga hari sekitar pulau yang dituntut China sebagai wilayahnya.
China memulakan latihan tersebut sehari selepas Presiden Taiwan Tsai Ing-wen pulang ke Taipei dari Los Angeles, di mana beliau bertemu dengan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Kevin McCarthy.
Pertemuan itu mencetuskan kemarahan Beijing.
Bercakap di majlis makan tengah hari di Taipei, yang diadakan oleh Presiden Tsai, pengerusi Jawatankuasa Luar Negeri Dewan AS, Michael McCaul berkata lawatannya ke Taiwan adalah sebagai tanda sokongan kuat
kepada pulau itu.
Tambahnya, adalah penting bagi kedua-dua negara teguh berdiri bersama.
"Sebagai pengerusi Jawatankuasa Luar Negeri Dewan, saya menandatangani semua penjualan tentera asing, termasuk senjata ke Taiwan, dan saya berjanji kepada anda, Puan Presiden, kami akan menyerahkan senjata itu," katanya.
Sejak tahun lalu, Taiwan mengadu tentang penghantaran senjata buatan Amerika, seperti peluru berpandu antipesawat Stinger.
Ia disebabkan syarikat pengeluar menghantar bekalan senjata ke Ukraine dalam perang menentang Rusia.
"Kami melakukan segalanya di Kongres untuk mempercepatkan penjualan itu dan mendapatkan senjata yang anda perlukan untuk mempertahankan diri," kata Encik McCaul yang merupakan seorang anggota Republican.
"Dan kami akan menyediakan latihan kepada tentera anda, bukan untuk berperang tetapi demi keamanan," tambahnya tanpa memberi butiran lanjut.
AS sudah lama menawarkan latihan sistem senjata, serta nasihat terperinci mengenai cara-cara mengukuhkan tentera Taiwan terhadap kemungkinan dicerobohi Tentera Pembebesan Rakyat China.
Beberapa juruterbang jet pejuang Taiwan juga menjalani latihan di AS.
Washington bersedia menambah jumlah tenteranya untuk bantu melatih pasukan Taiwan, kata dua pegawai Amerika kepada Reuters pada Februari.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.