Penggubal undang-undang Amerika akan desak undian di Kongres jika Trump serang Venezuela
Sekumpulan senator Amerika Syarikat yang berulang kali cuba mengawal tindakan agresif Presiden Donald Trump terhadap Venezuela berkata pada Selasa (2 Dis) mereka akan memfailkan satu resolusi baharu bagi memaksa undian di Kongres sekiranya pentadbiran itu melancarkan serangan dalam negara itu.
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Sekumpulan senator Amerika Syarikat yang berulang kali cuba mengawal tindakan agresif Presiden Donald Trump terhadap Venezuela berkata pada Selasa (2 Dis) mereka akan memfailkan satu resolusi baharu bagi memaksa undian di Kongres sekiranya pentadbiran itu melancarkan serangan dalam negara itu.
"Tindakan tentera tanpa kebenaran terhadap Venezuela akan menjadi satu kesilapan besar dan perit yang berisiko mengancam nyawa anggota perkhidmatan secara tidak sewajarnya," kata anggota Democrat Tim Kaine dari Virginia, Chuck Schumer dari New York dan Adam Schiff dari California serta anggota Republican Rand Paul dari Kentucky dalam satu kenyataan bersama.
"Sekiranya berlaku serangan, kami akan mengemukakan Resolusi Kuasa Perang yang memaksa perbahasan dan undian dilaksanakan di Kongres yang akan menghalang penggunaan tentera Amerika dalam permusuhan terhadap atau di dalam Venezuela," katanya.
Jawatankuasa Kongres yang diterajui Republican sudah pun melancarkan siasatan terhadap kempen tentera Amerika di luar pantai Venezuela, kali kedua dalam beberapa hari kebelakangan ini di mana anggota parti Encik Trump meluahkan keprihatinan terhadap salah satu inisiatif dasar beliau.
Pada minggu lalu, beberapa penggubal undang-undang Republican mengecam secara lantang cara Rumah Putih mengendalikan usulan pelan damai Ukraine, yang menurut mereka lebih memihak kepada Rusia.
Mengenai Venezuela, para penggubal undang-undang menyuarakan kebimbangan mengenai pentadbiran menjalankan kempen selama tempoh berbulan tanpa kelulusan Kongres serta laporan bahawa Setiausaha Pertahanan Pete Hegseth pada 2 September lalu mengarahkan serangan kedua terhadap sebuah bot bagi membunuh mereka yang terselamat dalam serangan pertama, yang mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
'KITA MUNGKIN ADA MASALAH'
Senator Mike Rounds, anggota Republican dari South Dakota yang menganggotai jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata dan Perisikan, berkata beliau masih cuba mendapatkan kepastian mengenai kejadian serangan itu serta undang-undang yang menjejasnya.
"Tetapi menurut pemahaman saya kita mungkin ada masalah jika anda membunuh orang awam dalam laut setelah melancarkan serangan," kata Encik Rounds kepada wartawan pada Selasa.
"Sebaik sahaja kita mengesahkan fakta kejadian, kita boleh menentukan langkah-langkah seterusnya yang boleh diambil."

Sumber : Reuters/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.