Penggodam Mirai Botnet diarah bayar ganti rugi AS$8.6 juta
Seorang penggodam berusia 22 tahun pada Jumaat (26 Okt) diarahkan supaya membayar ganti rugi sebanyak AS$8.6 juta (S$11.9 juta) dan dikenakan penahanan dalam rumah selama enam bulan.

Paras Jha (kiri) ketika meninggalkan Bangunan Clarkson S. Fisher dan Mahkamah Amerika Syarikat selepas perbicaraannya di Trenton, New Jersey pada 13 Disember 2017. (Gambar fail: Dominick Reuter/Reuters)
WASHINGTON: Seorang penggodam berusia 22 tahun pada Jumaat (26 Okt) diarahkan supaya membayar ganti rugi sebanyak AS$8.6 juta (S$11.9 juta) dan dikenakan penahanan dalam rumah selama enam bulan.
Ini setelah dia didapati membantu melancarkan satu siri serangan siber, menurut Pejabat Pendakwa Raya Amerika Syarikat bagi New Jersey.
Paras Jha merupakan salah seorang daripada tiga individu yang bertanggungjawab atas Mirai Botnet, iaitu sebuah rangkaian bagi lebih 100,000 peranti komputer yang terjejas.
Sistem-sistem yang terjejas itu digunakan untuk memperoleh keuntungan daripada penipuan dalam bentuk iklan.
Namun ‘botnet’ tersebut juga digunakan untuk melancarkan serangan siber terhadap laman-laman web perniagaan dengan sengaja, membanjiri sistem-sistem tersebut dengan begitu banyak permohonan untuk mendapatkan akses.
Antara yang terjejas adalah Universiti Rutgers di New Jersey dan beberapa syarikat internet, termasuk penyedia infrastruktur digital Dyn, iaitu sebuah unit di bawah Oracle Corp.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.