Skip to main content

Dunia

Penggodam Indonesia curi AS$60 juta dari program bantuan COVID-19

Dua penggodam warga Indonesia diberkas berhubung penipuan antarabangsa membabitkan wang bernilai AS$60 juta (S$80 juta) yang dicuri daripada program bantuan COVID-19 untuk warga Amerika Syarikat (AS) yang kehilangan pekerjaan, menurut pihak berkuasa.

Anggaran Waktu Membaca:
Penggodam Indonesia curi AS$60 juta dari program bantuan COVID-19

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 17 Apr 2021 08:35AM Dikemas Kini : 17 Apr 2021 08:38AM

SURABAYA: Dua penggodam warga Indonesia diberkas berhubung penipuan antarabangsa membabitkan wang bernilai AS$60 juta (S$80 juta) yang dicuri daripada program bantuan COVID-19 untuk warga Amerika Syarikat (AS) yang kehilangan pekerjaan, menurut pihak berkuasa.

Menurut pihak berkuasa, kiriman mesej yang dihantar kepada 20 juta warga Amerika Syarikat membawa mereka ke berpuluh-puluh lelaman palsu pemerintah Amerika Syarikat, menurut polis Indonesia pada Khamis (15 Apr).

Beribu-ribu mangsa mendedahkan maklumat peribadi mereka termasuk nombor keselamatan sosial. Laman itu menawarkan bantuan AS$2,000 (S$2,700) kepada mereka yang menganggur.

Bagaimanapun data mereka sebaliknya digunakan oleh para penipu untuk mencuri berjuta-juta dolar daripada program tersebut.

"Kira-kira 30,000 warga Amerika ditipu dan pemerintah Amerika Syarikat mengalami kerugian sehingga AS$60 juta," menurut ketua polis Jawa Timur, Nico Afinta.

Kedua-dua suspek diberkas di bandar kedua terbesar di Indonesia, Surabaya, pada bulan lalu selepas polis dimaklumkan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Polis Indonesia bagaimanapun tidak pula mendedahkan berapa lama penipuan itu sudah dijalankan.

Kedua-dua suspek boleh dipenjara sehingga sembilan tahun di bawah undang-undang maklumat elektronik Indonesia.

Polis Indonesia sedang menyiasat kemungkinan pelibatan orang ketiga yang bertanggungjawab memindahkan dana itu secara haram.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita