Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penggodam guna komputer AS$35 curi data NASA

Seorang penggodam komputer menggunakan komputer kecil Rasberry Pi untuk menggodam rangkaian Makmal Kuasa Jet Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA), mencuri data sensitif dan mengakibatkan sistem penerbangan angkasa terputus buat sementara waktu.

Anggaran Waktu Membaca:
Penggodam guna komputer AS$35 curi data NASA

(Gambar hiasan: Kacper Pempel/Reuters)

Diterbitkan : 25 Jun 2019 01:07PM Dikemas Kini : 25 Jun 2019 01:14PM

WASHINGTON: Seorang penggodam komputer menggunakan komputer kecil Rasberry Pi untuk menggodam rangkaian Makmal Kuasa Jet Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA), mencuri data sensitif dan mengakibatkan sistem penerbangan angkasa terputus buat sementara waktu.

Penggodaman pada April 2018 itu tidak dapat dikesan hampir setahun, menurut laporan audit yang dikeluarkan pada 18 Jun, dan siasatan masih dijalankan untuk mencari pesalah berkenaan.

Komputer Rasberry Pi adalah peranti bersaiz kad kredit berharga kira-kira AS$35 (S$47) yang dipasangkan di televisyen rumah dan digunakan untuk mengajar proses menulis kod kepada kanak-kanak dan mempromosikan pengkomputeran di negara-negara yang membangun.

Sebelum serangan itu berjaya dikesan, penggodam itu berjaya mencuri 23 fail sama seperti sekitar 500 megabait data, menurut laporan Pejabat Ketua Inspektor NASA.

Ia termasuk dua fail sulit dari misi Makmal Sains Marikh, yang mengendalikan 'Curiosity Rover', dan maklumat berkaitan Aliran Antarabangsa dalam Peraturan Senjata yang menghadkan eksport teknologi pertahanan dan ketenteraan Amerika Syarikat.

“Lebih penting lagi, penyerang komputer itu berjaya mengakses dua daripada tiga rangkaian utama JPL,” menurut laporan itu.

Sebagai reaksi kepada serangan itu, JPL memasang ejen-ejen pemantauan tambahan di ‘firewall’nya dan menilai semula perjanjian akses rangkaian dengan rakan luarnya.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan