Penggodam China guna Facebook untuk sasar Uighur di luar negara, kata syarikat
Facebook menyatakan pada Rabu (24 Mac) bahawa ia telah menyekat sekumpulan penggodam di China yang menggunakan wadah tersebut untuk menyasarkan kaum Uighur yang tinggal di luar negara dengan pautan-pautan ke perisian hasad yang akan menjangkiti peranti mereka dan membolehkan pengawasan dilakukan.
Logo Facebook (Gambar fail: REUTERS/Stephen Lam)
REUTERS: Facebook Inc menyatakan pada Rabu (24 Mac) bahawa ia telah menyekat sekumpulan penggodam di China yang menggunakan wadah tersebut untuk menyasarkan kaum Uighur yang tinggal di luar negara dengan pautan-pautan ke perisian hasad yang akan menjangkiti peranti mereka dan membolehkan pengawasan dilakukan.
Syarikat media sosial itu menyatakan bahawa para penggodam yang dikenali sebagai Earth Empusa atau Evil Eye dalam industri keselamatan, menyasarkan aktivis, wartawan dan penentang yang kebanyakannya kaum Uighur, sebuah kumpulan etnik yang kebanyakannya Muslim, yang berdepan dengan penindasan di China.
Facebook menyatakan terdapat kira-kira 500 sasaran, sebahagian besarnya dari wilayah Xinjiang namun kebanyakannya tinggal di luar negara termasuk di Turki, Kazakhstan, Amerika Syarikat, Syria, Australia dan Kanada.
Syarikat itu menambah kebanyakan kegiatan penggodam berlaku di luar Facebook dan bahawa mereka menggunakan laman itu untuk berkongsi pautan ke laman web berunsur jahat, dan bukan berkongsi secara langsung perisian hasad di platform itu.
Facebook menyatakan kumpulan penggodam itu menggunakan akaun Facebook palsu untuk menyamar sebagai wartawan, pelajar, pejuang hak asasi manusia atau anggota masyarakat Uighur untuk membina kepercayaan dengan sasaran-sasaran mereka dan menipu mereka untuk menekan pautan bersifat jahat yang akan memasang perisian pengintip pada peranti mereka.
Platform media sosial itu menjelaskan penggodam membangunkan laman web berniat jahat menggunakan domain kelihatan seperti laman berita Uighur dan Turki yang popular serta menggodam laman yang sah yang dikunjungi oleh sasaran-sasaran.
Kedutaan China di Washington tidak segera menjawab mesej yang memintanya mengulas tentang laporan Facebook. Beijing selama ini menafikan tuduhan pengintipan siber.
Reuters tidak dapat segera mencari maklumat perhubungan bagi Dalian 9Rush Technology Co Ltd. Seorang lelaki yang menjawab panggilan ke nombor telefon yang disenaraikan untuk Beijing Best United Technology Co Ltd meletakkan telefon.
Facebook menyatakan pihaknya telah memadam akaun-akaum kumpulan itu, yang berjumlah kurang 100, dan telah menyekat perkongsian domain berniat jahat dan memaklumkan orang-orang yang dipercayai menjadi sasaran.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.