Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penggiat industri wisata M'sia bersiap sedia sambut 2 juta pelawat asing

Anggaran Waktu Membaca:

KUCHING: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yakin penggiat industri pelancongan sudah bersiap sedia untuk menerima pelancong asing apabila sempadan negara dibuka semula mulai 1 April.

Menteri MOTAC Nancy Shukri berkata sebelum keputusan membuka sempadan dibuat lagi, pihaknya sudah mengadakan perjumpaan dengan para penggiat industri pelancongan.

“Ya, saya yakin penggiat industri sudah bersedia. Sebelum kerajaan umum buka sempadan, saya minta mereka bersedia dalam pelbagai aspek termasuk menaik taraf kemudahan mereka,” katanya kepada para pemberita pada majlis perasmian Kampus Satelit Institut Kraf Negara, Sarawak di Kuching pada Sabtu (19 Mac).

Sebelum ini turut dilaporkan bahawa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Malaysia akan memasuki Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ serta pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April depan.

Menyusuli pengumuman itu, Nancy pada Rabu (16 Mac) berkata MOTAC menyasarkan kedatangan dua juta pelancong ke Malaysia pada tahun ini dengan keuntungan melebihi RM6.8 bilion (S$2.2 bilion).

Sementara itu, Nancy berkata bagi mencapai sasaran kedatangan dua juta pelancong itu, MOTAC sudahpun merangka pelbagai strategi bagi mencapai sasaran tersebut.

Jelasnya, ini termasuk memberi fokus pada penganjuran acara perniagaan atau mesyuarat perniagaan, insentif, persidangan dan pameran (MICE).

“Ini antara cara kita untuk membawa pelancong datang, kita juga telah berjaya memperoleh beberapa acara perniagaan untuk dianjurkan di Malaysia.

“Kalau kita hanya fokus pelancongan biasa sahaja, mungkin sukar untuk capai jumlah pelancong yang tinggi. Jadi kita perlu wujudkan peluang (anjur MICE) untuk bantu penggiat industri,” katanya.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan