Skip to main content

Dunia

Penggguna lapor gangguan khidmat Google, termasuk Gmail, Drive, dan Meet

Para pengguna merata dunia melaporkan gangguan pada beberapa khidmat Google termasuk khidmat emel Gmail dan penyimpanan cloud Google Drive pada Khamis (20 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Penggguna lapor gangguan khidmat Google, termasuk Gmail, Drive, dan Meet

Gambar fail logo Google di sebuah bangunan pejabat di Zurich. (Gambar fail: Arnd Wiegmann/Reuters)

Diterbitkan : 20 Aug 2020 06:57PM Dikemas Kini : 20 Aug 2020 07:02PM

SINGAPURA: Para pengguna merata dunia melaporkan gangguan pada beberapa khidmat Google termasuk khidmat emel Gmail dan penyimpanan cloud Google Drive pada Khamis (20 Ogos).

Antara aduan yang dilaporkan adalah masalah semasa menghantar emel menggunakan Gmail, menghantar pesanan di Google Chat, masalah merakam pada Google Meet dan membuka fail baru di Google Drive.

Menurut laman pemantauan DownDetector, terdapat lonjakan aduan masalah pada Gmail dan aplikasi Google lain dalam tempoh 24 jam lalu, dengan jumlah tertinggi dicatat pada sekitar 2.00 petang.

Google sedia maklum tentang isu-isu tersebut dan sedang melakukan penyiasatan. Syarikat itu juga menyatakan ia akan menyediakan butiran tentang bila masalah itu dijangka dapat dileraikan kelak.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita