Skip to main content

Dunia

Pengganti ketua Hezbollah, Hashem Safieddine, tidak dapat dihubungi

Anggaran Waktu Membaca:
BEIRUT: Pengganti kepada pemimpin Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah, tidak dapat dihubungi sejak Jumaat (4 Oct), dedah sumber keselamatan Lubnan pada Sabtu, selepas serangan udara Israel dilaporkan menyasarkannya.

Dalam kempen terhadap Hezbollah, Israel melancarkan serangan besar-besaran di kawasan selatan Beirut pada Khamis.

Menurut laporan Axios, tiga pegawai Israel menyasarkan Hashem Safieddine yang bersembunyi di dalam kubu bawah tanah.

Sumber keselamatan Lubnan dan dua sumber keselamatan lain menyatakan bahawa serangan udara Israel yang berterusan di Dahiyeh, selatan Beirut, sejak Jumaat, menghalang pekerja penyelamat daripada menjalankan operasi mereka di lokasi serangan.

Hezbollah tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan Safieddine sejak serangan tersebut.
Kematian pengganti Nasrallah mungkin menjejas Hezbollah dan Iran. Serangan Israel di seluruh rantau itu dalam tempoh setahun, yang dipertingkatkan dalam tempoh seminggu lalu, meragut nyawa beberapa pemimpin Hezbollah.

Israel meluaskan konflik tersebut ke Lubnan pada Sabtu, dengan serangan pertamanya ke atas bandar Tripoli, kata seorang pegawai keselamatan. Ini selepas lebih banyak bom dijatuhkan di kawasan Beirut, sementara tentera Israel melancarkan serangan di selatan.
 
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita