Pengganasan kebimbangan utama dalam Mesyuarat Jenayah Rentas Sempadan ASEAN
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan
JAKARTA: Isu pengganasan menjadi kebimbangan utama semasa Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Jenayah Rentas Sempadan ke-17 di Labuan Bajo, Nusa Tenggara Timur.
Indonesia, selaku tuan rumah, menekankan betapa pentingnya untuk mengukuhkan kerjasama serantau bagi menangani ancaman ini yang berpotensi menggugat kestabilan rantau ini.
"Kumpulan pengganas di sebuah negara menimbulkan ancaman kepada seluruh wilayah," kata jurucakap polis unit elit antipengganasan, Aswin Siregar dalam satu kenyataan.
Beliau berkata kerjasama itu termasuk menangani pembiayaan pengganasan, menentang penyebaran ideologi ekstremis melalui media sosial dan inisiatif untuk meningkatkan keupayaan pencegahan dan tindak balas.
Sementara itu, Deklarasi Labuan Bajo dimuktamadkan pada sesi mesyuarat yang berakhir pada Rabu (23 Ogos) menjadi asas untuk meningkatkan kerjasama dalam memerangi jenayah rentas sempadan.
Ini termasuk penyiasatan bersama, bantuan undang-undang bersama serta amaran awal dan tindak balas mengenai aktiviti ekstremis, kata Ketua Polis Indonesia Jeneral Listyo Sigit Prabowo.
Elemen-elemen lain termasuk berkongsi maklumat, mengesan bukti, pertukaran kakitangan, melindungi saksi dan mangsa. Usaha menangani penyeludupan senjata turut menjadi keutamaan.

Sumber : Bernama/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.