Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penggal ketiga bagi Presiden Jokowi hanya spekulasi

Anggaran Waktu Membaca:
Penggal ketiga bagi Presiden Jokowi hanya spekulasi

Presiden Indonesia Joko Widodo. (Gambar fail: Timothy De Souza/CNA)

Diterbitkan : 06 Sep 2022 01:54PM Dikemas Kini : 06 Sep 2022 01:54PM

JAKARTA: Desas-desus kononnya Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) akan dilantik semula ke jawatan itu untuk penggal ketiga disangkal Pejabat Kakitangan Presiden Indonesia (KSP).

Perkara itu disahkan Timbalan V KSP, Jaleswari Pramodhawardani yang memaklumkan bahawa Presiden Jokowi tetap dengan pendiriannya untuk tidak bertanding, lapor Kompas.

“Tempoh perkhidmatan Presiden Jokowi hanya dua penggal.

"Tiada lanjutan tempoh kuasa dan pilihan raya juga tidak akan ditangguh,” kata Cik Jaleswari dalam satu kenyataan  kepada media Indonesia, pada Isnin (5 Sep).

Malah, menurut Cik Jaleswari, idea melanjutkan tempoh kuasa Jokowi menjawat semula jawatan Presiden merupakan satu langkah "bahaya".

“Sokongan terhadap idea itu seolah menampar muka atau mengelirukan Presiden Jokowi.

"Mereka sedang bermain gimik yang membahayakan Presiden Jokowi; seolah-olah mereka memberi madu, tetapi ia adalah racun," kata Cik Jaleswari.

Dakwaan itu tular di sebalik ketegasan Encik Jokowi yang berulang kali menjelaskan bahwa beliau tidak berminat menjadi Presiden untuk penggal ketiga dan patuh kepada had dua penggal yang ditetapkan dalam Perlembagaan.

Terdahulu, wujud spekulasi kononnya Encik Jokowi berhasrat memegang jawatan Presiden melebihi mandat pentadbirannya selama dua penggal yang akan berakhir pada 2024.

Idea tersebut dibangkitkan oleh penyokong Presiden Joko Widodo pada Musyawarah Rakyat Indonesia (Musra) di Balai Pemuda, Arcamanik Sport Center, Bandung, Jawa Barat.

Indonesia dijangka mengadakan tiga pilihan raya utama iaitu Pilihan Raya Parlimen, Gabenor dan Presiden pada 2024, yang pertama kali berlaku serentak dalam sejarah negara itu.

Sumber : Agensi berita/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa