Skip to main content

Dunia

Pengetua madrasah Melaka warga S'pura didakwa atas 3 tuduhan lakukan amang seks

Seorang pengetua sebuah madrasah di Tanjung Minyak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Melaka pada Rabu (24 Jul) atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki madrasah itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengetua madrasah Melaka warga S'pura didakwa atas 3 tuduhan lakukan amang seks

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 24 Jul 2019 04:39PM Dikemas Kini : 24 Jul 2019 04:41PM

MELAKA: Seorang pengetua sebuah madrasah di Tanjung Minyak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Melaka pada Rabu (24 Jul) atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki madrasah itu.

Tertuduh, Muhammad Firdaous Abdul Rashif yang berusia 36 tahun adalah seorang warganegara Singapura dan dia meminta dibicarakan bagi ketiga-tiga pertuduhan.

Bapa kepada lima orang anak itu didakwa atas pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mencium mulut mangsa dan menggosok kemaluan bagi maksud seksual terhadap pelajarnya yang berusia 14 tahun itu.

Bagi tuduhan kedua dan ketiga pula, tertuduh didakwa memasukkan kemaluan ke dalam dubur mangsa di dua lokasi berasingan.
 
Kesalahan pertama dan kedua dilakukan di sebuah kondominium di Klebang, Melaka, pada 13 dan 28 Julai 2018 manakala kesalahan ketiga dilakukan di sebuah rumah di madrasah tempatnya bertugas pada 18 Januari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika disabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Lee Wai Yee tidak mencadangkan sebarang jaminan kerana bimbang pembebasan tertuduh boleh mengacau serta mengganggu mangsa yang juga saksi pendakwaan. Namun beliau berkata, atas budi bicara, sekiranya mahkamah mahu memberikan jaminan, beliau mencadangkan jaminan RM20,000 (S$6,630) bagi setiap pertuduhan.

Hakim Elesabet bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 (S$9,940) bagi kesemua pertuduhan dengan dua penjamin warga tempatan serta syarat tambahan bahawa tertuduh perlu melapor diri setiap bulan di balai polis berhampiran, tidak dibenarkan mendekati mangsa serta mengarahkan passport diserahkan kepada mahkamah.

Tertuduh diwakili peguam Nor Fazlinda Aliman dan Faiezad Razali. Mahkamah menetapkan 28 Ogos depan untuk sebutan semula kes. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita