Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pengetua madrasah di Kelantan direman semula susuli aduan kes cabul

Polis Kelantan mereman semula seorang pengetua madrasah di Machang, bermula hari ini (24 Dis) sehingga 26 Disember.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengetua madrasah di Kelantan direman semula susuli aduan kes cabul

(Gambar hiasan)

Diterbitkan : 24 Dec 2020 06:41PM Dikemas Kini : 24 Dec 2020 06:42PM

KOTA BHARU: Polis Kelantan mereman semula seorang pengetua madrasah di Machang, bermula hari ini (24 Dis) sehingga 26 Disember selepas menerima dua aduan kes cabul yang mengaitkan pendakwah terkenal negeri itu.

Ketua Polis Kelantan Shafien Mamat berkata aduan berkenaan diterima di Balai Polis Kuang, Selangor dan Balai Polis Bayan Lepas, di Pulau Pinang.

Jelasnya, hasil siasatan mendapati kedua-dua pengadu merupakan bekas pelajar lelaki yang menuntut di madrasah berkenaan dan mendakwa mereka dicabul suspek dalam kejadian berasingan pada 2018.

"Keterangan daripada mangsa pertama berlaku pada Mei 2018, kira-kira 1.00 pagi di rumah suspek" katanya dalam kenyataan hari ini.

"Berdasarkan keterangan daripada mangsa kedua pula, kejadian berlaku pada November 2018, kira-kira  1 malam di sebuah bilik asrama madrasah di Machang,” katanya sambil menambah siasatan dijalankan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Sumber : Bernama/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan