Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pengerusi PKR Sabah 'terkejut' keputusan Bersatu mahu tubuh cawangan di Sabah

Pengerusi PKR Sabah Christina Liew terkejut dengan keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ingin mengembangkan sayapnya ke negeri itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengerusi PKR Sabah 'terkejut' keputusan Bersatu mahu tubuh cawangan di Sabah

Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad semasa berucap di Perhimpunan Agung Tahunan Kedua Bersatu. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 17 Feb 2019 03:31PM Dikemas Kini : 17 Feb 2019 03:34PM

KOTA KINABALU: Pengerusi PKR Sabah Christina Liew terkejut dengan keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ingin mengembangkan sayapnya ke negeri itu.

Menurut Cik Liew, ini kerana ada persefahaman antara Perdana Menteri, yang juga Pengerusi Bersatu, Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Mohd Shafie Apdal ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

"Pada PRU ke-14 lalu, mereka (Bersatu) tidak datang ke Sabah atas persefahaman menyerahkan kepada Warisan bersama PKR dan DAP.

"Tiba-tiba sekarang mahu datang ke negeri ini dan bekas ahli UMNO termasuk wakil rakyat akan menyertai Bersatu," katanya ketika ditemui para wartawan selepas menghadiri jamuan makan malam sempena sambutan Hari Tenggiling Sedunia pada Sabtu (17 Feb).

Cik Liew, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, bagaimanapun menyerahkan urusan lanjut keputusan itu kepada Encik Mohd Shafie dan Dr Mahathir.

Beliau berkata yang pasti, Encik Mohd Shafie memimpin kerajaan negeri dengan baik dalam mengukuhkan kewangan untuk melaksanakan pembangunan negeri itu.

"Ia menerusi pakatan baik kerajaan negeri diterajui Warisan bersama bersama PKR, DAP dan Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO)," katanya.

Cik Liew berkata majoriti rakyat Sabah juga memberi sokongan terhadap kepimpinan Encik Mohd Shafie.

Pada Jumaat (15 Feb), Dr Mahathir menyatakan bahawa Bersatu bersetuju untuk menubuhkan cawangannya di Sabah bagi membolehkan bekas anggota UMNO Sabah untuk menyertainya.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas anggota UMNO Sabah yang bertindak keluar parti tidak mahu menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan), yang merupakan sekutu Pakatan Harapan. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan