Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pengerusi Parti Konservatif UK dipecat angkara urusan cukai

Anggaran Waktu Membaca:

LONDON: Perdana Menteri Britain Rishi Sunak memecat pengerusi Parti Konservatif pada Ahad (29 Jan) kerana "pelanggaran serius" kod tatalaku menteri. 

Encik Sunak berdepan dengan tekanan yang semakin meningkat untuk memecat Nadhim Zahawi di tengah-tengah dakwaan beliau melunaskan bil cukai berjumlah jutaan dolar, yang belum dibayar, ketika bertanggungjawab menjaga Perbendaharaan negara itu.

Dalam sepucuk surat kepada Encik Zahawi, Encik Sunak berkata beliau terpaksa mengambil tindakan sedemikian seiring ikrarnya yang dibuat pada permulaan penggalnya bahawa kerajaannya akan menegakkan integriti, profesionalisme dan kebertanggungjawaban di setiap peringkat.

Encik Zahawi bagaimanapun tidak segera memberi sebarang komen.

Encik Zahawi, pengasas laman web undian YouGov, akur terdapat pertikaian dengan penguasa cukai, namun menegaskan bahawa kesilapan yang dilakukannya itu disebabkan "kecuaian dan tidak disengajakan".

Media Britain melaporkan bil itu bernilai hampir 5 juta pound (S$8 juta). 

Encik Zahawi menerajui Perbendaharaan UK dari Julai hingga September 2022 pada bulan-bulan terakhir Boris Johnson menyandang jawatan sebagai perdana menteri.

Encik Sunak berkata keputusan itu dibuat selepas siasatan oleh penasihat piawaian bebas kerajaan dijalankan terhadap urusan kewangan pengerusi parti tersebut. 

Laporan oleh Encik Laurie Magnus mendapati Encik Zahawi "tidak cukup mempertimbangkan" kod tatalaku menteri dan piawaian yang diperlukan "untuk bersikap jujur dan terbuka serta menjadi pemimpin teladan menerusi tingkah lakunya" dalam kehidupan awam. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan